Tuesday, December 29, 2009

Perkara yang pernah dicapai sepanjang hidup

Terlanjur membaca blog dari seseorang aku turut ingin senaraikan perkara-perkara terpenting yang aku rasa itu adalah moment yang aku tak boleh dan tak akan lupa sampai bila-bila sepanjang hidup ini.

Seseorang pernah bagitau, “Kalau agak - agak kau tengah down cuba tulis apa yang pernah kau capai. Mungkin akan membantu”..bunyi macam best sebab aku juga skrg sedang emo2..penat agaknyer!

Baek! mari kita mulakan dengan yang..

1. Aku sudah mula pandai menggosok baju sekolah tatkala berumur 9 tahun walaupun baju yang digosok tidak begitu licin mcmana yang mak buat dan yang paling PENTING aku juga menggosokkan baju sekolah adik lelaki aku.

2. Dulu di rumah mak tak ada washing machine jadi aku adalah washing machine dalam rumah tu dan aku akan memulakan kerja-kerja mencuci baju selepas balik dari sekolah. Kadang-kadang tengah cuci baju pun boleh menangis sebab letih balik sekolah pun tak habis dah kena cuci baju pula..dan selesai cuci, bilas baju dan sidai baju jam 4 petang baru boleh rehat. Itu pun boleh kira pencapaian ker? bagi aku boleh sebab kesabaran aku adalah pencapaian aku.



3. Berkahwin dengan lelaki yang disayangi dan dicintai pada tahun 2004..(kamu sayang aku?cintai aku lagi?)




4. 4 tahun selepas berkahwin, aku dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel dan dia adalah darahku, nyawaku, jantungku, jiwaku, hidupku dan segala-galanya bagi aku..

5. Dilantik sebagai pengerusi kelab fotografi semasa belajar di uitm shah alam.

6. Pernah dilantik sebagai ’mummy dorm’ sepanjang 2 semester ketika belajar di ikm sungai petani..(ada juga junior kata aku ni kuat raging..ye ker?tak lah orang lain tu..mungkin tak sengaja kot..huhu!)



7. Aku seorang yang sangat gayat tetapi selalu juga main panjat-panjat bangunan ketika join Pertahanan Awam 3..wow!

8. Selalu masuk pertandingan kawad semasa di ikm dan uitm..ntah nape suka sangat berjemur panas waktu tuh!

9. Menjadi penolong kelas semasa darjah 3 Biru dan 4 Merah..(susah woh nak dipilih jadi penolong ni kena ada undian dari kawan-kawan tuu..)

10. Ada seorang lecturer pernah ajak dating masa belajar dulu. Nasib baik aku tolak..jual mahal!

11. Hari-hari terima surat ‘cinta’ (wow!) dari admirers yang berlainan semasa belajar..keep it dalam kotak kasut yang dah uzur.

12. Berjaya menurunkan berat badan dari 56kg ke 40++kg..



13. Menjadi presenter pada majlis hari kualiti jabatan untuk keseluruhan negeri selangor yang lalu. Habis majlis semua orang yang aku jumpa ucap tahniah..tak tau apa yang tahniah bukan aku yang dapat cemerlang..

14. Menjadi pelajar terbaik dalam matapelajaran agama islam..dapat markah 100%. Luculah!

15. Course aku mendapat tempat pertama untuk pertandingan persembahan semasa Minggu Aktiviti diadakan di ikmsp tahun 1997 kalau tak silap. Waktu tu kami membuat persembahan tarian ulik mayang dan aku adalah puteri yang ketujuh..bangga uu!! lepas persembahan tu nama terus jadi glamer u..haha!

16. Aku dan adik beradik yang lain membiayai kos pembinaan rumah mak dan abah yang terbakar pada tahun 2005..dan waktu tu surat-surat cinta pun turut terbakar.

17. Berjaya memiliki lesen ketika umur 18 tahun..mak sponsor separuh! terima kasih mak!

18. Pernah berjaya mencecah kelajuan 160km/h ketika memandu di jalan persekutuan kapar-kuala selangor sebab bangun lambat ke opis.

19. Diberi tanggungjawab oleh bos untuk menjaga 14,190.0838 hektar bersamaan 12,061.64 ekar luas kampung di mukim jeram..

20. Diberi gelaran Puan Sri semasa waktu kerja..hahaha!itu pun pencapaian jugak!

21. Menjadi wakil jabatan negeri selangor untuk perlawanan sukan lawn balls semasa Sukan Wanita Kebangsaan Ke 2 diadakan di Bayuemas, Klang.

22. Pernah memasuki pertandingan nyanyian lagu irama malaysia..

23. Sudah pandai membuat keputusan sendiri..kalau dulu selalu mintak orang tolong buatkan keputusan.

24. Pandangan dan kata-kata aku diterima ramai. Tak sangka!

25. Terpilih jadi ketua kumpulan nasyid sekolah.

26. Kalau dulu macam tak berani sorang2 mesti nak berteman tapi sekarang dah tak kisah dah..lagi suka sorang-sorang!

27. Aku dah ada facebook, friendster, blog..dan aku sedang mengupdate blog aku yang sgt ‘simple’ ni.

28. Masa study tak pernah buat pinjaman. Pakai duit sendiri.

29. Orang lain naik bas ke kelas aku dah naik kereta.

30. Tak pernah terpikir nak balas dendam dengan orang2 yang menyakiti hati ini. Biarkan!

31. Sangat percaya dengan ketentuan dan rezeki dari Tuhan.

32. Setiap pagi akan motivasi diri sendiri dengan membaca al-quran. Moment yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih Tuhan!

33. Mampu berucap di hadapan orang ramai walhal dulu aku seorang yang darah gemuruh, gigil sampai asyik ke toilet.

34. Diberi kepercayaan dan tanggungjawab memilih sesiapa yang layak untuk melaksanakan kerja-kerja engineering sehingga kos rm200,000+++.(jumlah paling besar setakat ni).

35. Mempunyai kakitangan bawahan seramai 15 orang. Kalau dulu ada 20 orang tapi lepas re-organisation balik dah kurang.

36. Menjadi setiausaha untuk kumpulan PFM (Plan Facilties n Maintenance) untuk pertandingan QCC (Quality Control Circle) semasa bekerja di Toyota dan mendapat tempat ke 3.

37. Lulus ujian-ujian untuk pengesahan jawatan.



38. Berjaya menjejakkan kaki di Gold Coast, Australia.

39. Diberi kepercayaan dan tanggungjawab menjaga 2 projek dgn kos masing-masing sebyk rm 2juta dan rm1.5juta ketika bekerja dengan syarikat swasta.

40. Belanja mak, abah, adik beradik, mertua, makcik2, pakcik2 makan di restoran seafood. Waktu tu belanja sebab aku berjaya mengandung 2 bulan..lucu!

41. udah-udah la dh penat pikir..rasa2nya cukuplah setakat tu jer..kalu ada lagi nanti aku buat version II plak.

3 comments: