Cukup tertarik dengan persoalan dan perbincangan dari seorang rakan sambil minum pagi di bawah pokok berhampiran opis, sepantas kilat aku drag-kan apa yang dibualkan tadi ke dalam entry kali ini :
1.Bekas kekasih saya adalah :
kawan-kawan sekarang
2.Saya sedang mendengar:
bunyi deruan kereta,motor,lori,ambulan yang melalui depan opis
3.Mungkin saya patut :
ada lebih banyak masa untuk anak perempuan saya
4.Saya suka :
suasana lepas hujan, indah, bersih masa tu la tiba2 terfikir mcm best je kalau mkn pisang goreng panas dgn air kopi!
5.Sahabat-sahabat baik saya :
adalah rakan sekolah menengah saya dan kami masih mengamalkan budaya ziarah-menziarahi setiap hari raya
6.Saya tak paham :
Kenapa orang kena merokok?!
7.Saya kehilangan :
cincin kawin saya..kalau la suami saya tahu ni..hrmmm..
8.Ramai yang berkata :
Besarnyer mata yanty!
9.Makna nama saya :
Tak tau. Rasa2 nya macam tak ada makna apa2..
10.Cinta itu adalah:
Bila teringatkan seseorang dan tiba-tiba hati menjadi rindu hingga semua kerja tak menjadi
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Bekerja keras membentuk hidup
12.Saya akan cuba :
menjadi seorang hamba yang sentiasa taat beriman kepada Allah, seorang isteri yang baik, seorang ibu yang penyayang.
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
I dont believe this
14.Telefon bimbit saya :
Nokia
15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya akan pandang muka anak saya yang masih tido dan saya rasakan itu adalah saat yang paling menggembirakan dan menenangkan hati saya
16.Saya paling meluat apabila :
orang belagak pandai tapi tolol!
17.Pesta/Parti adalah :
tak cool! ntah pape ntah!
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
arnab! toink!
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
semua pun best sebab tiap-tiap tahun lain, pelbagai perkara berlaku, jumpa macam2 orang
20.Hari ini :
saya bangun lambat lagi tapi saya tak memandu laju ke opis sebab kerja yang semalam dah saya bereskan..hari ni saya nak enjoy!
21.Malam ini saya akan :
sambut tahun baru di rumah bersama anak perempuan saya
22.Esok pula saya akan :
Pergi bercuti bersama keluarga besar saya ke Cameron highland!
23.Saya betul2 inginkan :
hidup yang tenang dan bahagia bersama suami dan anak tercinta
24.Ketika sy lihat wajah sy di hadapan cermin pagi ini :
saya selesa tanpa sebarang mekap ke pejabat ;)
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan? :
mestilah beli belah. beli-beli barang terus blah suh orang lain bayar. haha!
26.Makanan Barat atau Jepun? :
Barat
27.Bilik yang terang atau gelap? :
gelap dengan lampu cahaya yang suram. tidoooooo
28.Makanan segera adalah :
tak bagus untuk kesihatan!
29.Ayat terakhir yang sy katakan pada seseorang?
terima kasih ya!
30.Siapa yang sy nak Tag?
si cantik dan si hensem. haha
No comments:
Post a Comment