Tuesday, November 24, 2009

aku tengah blurrr

pagi-pagi rasa sgt bersemangat
untuk menyambung kerja yg semalam
sampai terlupa nk makan
asyik mengarang dan mengayat
kawan2 pula yg risau kita tak keluar makan
asyik terperuk dalam bilik seorang

rasa sejuk yang teramat sangat
sampai mengena tulang di badan
badan pun tidak berapa tough
tidak berapa kering sgt
alhamdulilah semua cukup makan
rasa menyesal pakai yang biasa2
sebab tak tahan sejuk seperti yang luar biasa

penat otak memerah idea yang boleh dipakai
dari jam 8pagi hingga ke petang
bermacam-macam idea yang datang
sehingga tersekat-sekat susah hendak dimulakan
tarik nafas dahulu baru rasa lega
sebab dah tahu yang mana perlu dimulakan & dikemudiankan

sampai tengahari perut dah berbunyi
semacam jam loceng suruh bangun pagi
bila dah berbunyi rasa sungguh tidak selesa
tiba2 tiada lagi datang idea
hati kata lapar
kaki kata letih
tangan kata sudah-sudahlah
otak kata rehat dulu
cari kawan buat peneman

nasib baik ada ibu mengandung
sama2 lapar hendak mengisi perut yang kosong
bedal mee sup dgn kueh sebijik
di warung makan bawah pohon

mmmm..enough! aku sudah blurr..


gambar ini tiada kena mengena dengan cerita di atas..saje letak sbb dh blurr

Monday, November 23, 2009

i've been diseased with bell palsy when my pregnancy in aged 8 months

seramm kann..baca tajuk entry pun dh seram apa ntah lg saya yg melalui saat2 sukar ketika itu..ramai yg tidak tahu apa itu penyakit bell's palsy..dahulu saya sediri tidak pernah amik tahu ttg penyakit itu sehingga saya merasainya dan kini saya sudah arif sedikit sebanyak ttg bell's palsy..sakit?x sakit tp kita sendiri akan rasa susah untuk tidur,susah untuk makan,susah untuk kerdip2kn mata..

pada kali ini saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai penyakit bell's palsy..

apakah maksud bell's palsy?

Bell's palsy adalah nama penyakit yang menyerang saraf wajah no 7..sehingga menyebabkan kelumpuhan pada otot wajah di salah satu sisi. Kelumpuhan hanya terjadi di satu wajah yang terkena. Ini yang membezakannya dengan stroke.

Tanda-tandanya seperti susah menggerakkan otot wajah dibahagian yang terserang, seperti mata tidak boleh ditutup, tidak boleh meniup, dsb. Penyebab kelumpuhan ini masih menjadi perdebatan. Beberapa ahli menyatakan penyebabnya adalah kerana angin sejuk di salah satu sisi wajah secara terus menerus, ada juga yang menyatakan hal itu disebabkan oleh virus herpes yang menetap ditubuh dan aktif kembali kerana trauma, faktor lingkungan, stres dll.

Sebahagian penderita boleh sembuh tanpa perubatan, tapi disarankan untuk menjalani terapi dan perubatan agar segera sembuh.

Bell's Palsy diambil dari nama Sir Charles Bell, doktor dari abad 19 yang pertama menggambarkan kondisi ini dan menghubungkan dengan kelainan pada saraf wajah. Meski namanya unik, penyakit ini akan mengganggu secara estetika ataupun fungsi pada wajah.




ini keadaan muka saya ketika terkena penyakit bell's palsy..waktu tu kandungan saya sudah berusia 8 bulan

jadi selepas saya mengetahui punca penyakit itu,lantas saya mencari penawar dengan melayari internet dan menjumpai laman web ini (asalnya org umah saya yg jumpai dulu)

http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/BellPalsyTreatmentCure.html

tekun saya membaca info2 ttg Bell Palsy dan cara rawatan yang ditawarkan..- Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba???akupunktur???alamak! lastly saya x berasa yakin dn cuba menghubungi 'klinik' tsb..setelah mendengar penerangan yang diberikan oleh pembantu doktor di situ saya berasa lega dan bersetuju untuk datang berubat.

2 hari selepas itu, saya dan suami telah hadir ke klinik tsb dan berjumpa dengan doktor pakar yang lebih dikenali dgn panggilan Master Leong. Orangnya sgt2 peramah dan berpengetahuan sgt2 luas (emangnyer dia tahu semua, itu sbb dia jd doktor ye dak?) ttg bell palsy dn penyakit2 lain yg seangkatan dgnnya..Master Leong memberitahu pd saya, oleh krn saya sedang mengandung segala rawatan dan ubat-ubatan akan diberi dalam kuantiti yg sederhana kerana dikhuatiri ianya akan membawa effect yg lain pd baby. saya kata ok..dan dia memberi jaminan pada saya dalam masa 2 minggu saya akan dapat menggerakkan sedikit pipi saya di tempat yg sakit.langsung saya jadi teruja dan x sabar..

Master Leong menyuruh saya baring di dalam sebuah bilik dlm keadaan mengiring dan beliau minta saya menahan sedikit rasa sakit tatkala dia menyucuk jarum di spot2 area di sebelah muka yg sakit.mata dah berair, kaki saya rasa mcm nk tendang je Master Leong tp dlm hati kata saboo..kalu muka nk baik kena kuat! saya rasa ada 8-9 jarum yg dicucuk di muka saya dan terus disambung dengan wayar elektrik..


ini keadaan saya semasa menjalani rawatan secara akupunkture

saya menjalani rawatan akupunkture bersama Master Leong selama sebulan 2 minggu..dan selama itu lah tiap kali jarum akan dicucuk ke muka saya akan menangis dan selama itu juga saya terpaksa menahan rasa pahit tatkala minum herba2 yg terdiri dr akar kayu cina pada setiap hari.











oh ya lupa nk cerita kos perubatan keseluruhan utk rawatan selama sebulan 2 minggu adalah lebih kurang RM1,500+++..dan akhirnya saya dapat kembali wajah asal saya dan dikurniakan anak yang chomey..thx alot to Master Leong and his team..









Sunday, November 22, 2009

surat cinta

lama sudah saya menunggu surat cinta ini akhirnya tiba di tangan saya juga yang berbunyi :

"sukacita dimaklumkan bahawa Panel Penilai Kursus Kenegaraan dalam mesyuaratnya telah menimbang dan memutuskan bahawa tuan/puan NAMA SAYA telah mengikuti dengan jayanya Kursus Kenegaraan yang telah dianjurkan oleh institusi ini dan keputusan keseluruhan kursus adalah LULUS"

yippiiiiieee!!! i love u babe!

ucapan : saya ingin mengucapkan ARIGATOGOZAIMAS kepada pengundi2 @ peminat2 saya yang sgt2 setia terutama kepada ahli keluarga yang byk memberi sokongan dn dorongan kpd saya sepanjang kursus ini berjalan..especially kpd marissa amany dn en ajua!akhir sekali 'selamat hari raya adha'..yuhuuu!!

jgn sekali2 mensyirikkan Allah swt..hukuman Nya sgt3 berat!

pada entry yang lalu saya ada menceritakan sebuah cerita yang bertajuk 'sihir umpama semut hitam yang berjalan pada waktu gelam/malam'..dan pada kali ini saya ingin bercerita@menyambung kisah rakan sepejabat en ajua yg terkena dengan buatan sihir yang entah dari mana@siapa..masya Allah!

petang semalam en ajua menerima satu sms dari seorang rakan yg memberitahu ttg rakan nya yg mereka lawati di hospital sebulan yg lepas telah kembali ke rahmatullah ketika arwah sedang dalam perjalanan untuk berubat secara tradisional.Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (We belong to Allah and to Him we shall return).walaupun saya tidak mengenali diri arwah waima melihat mukanya sekalipun tetapi saya berasa cukup sedih dan terkejut dengan kematian mengejut si arwah kerana menurut kata en ajua beliau merupakan orang yang paling disegani dan disayangi oleh rakan2 sepejabat kerana sifat beliau yang sangat mengambil berat,rajin membantu rakan2 lain ketika dalam kesusahan..

yang membuatkan saya lebih sedih apabila saya diberitahu bahawa punca kematian beliau adalah daripada terkena buatan orang yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai hati yang sangat3 busuk!lantas saya teringat dengan Firman Allah yang bermaksud, 'Nabi Isa a.s. berkata, "Wahai Bani Israil, sembahlah kamu akan Allah, Tuhan-ku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam neraka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu penolong". (Surah al-Maidah: 72)

Zalim paling besar adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Allah Taala tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu". (Surah an-Nisa: 116)


Justeru itu pula Islam menentang keras perbuatan sihir dan tukang sihir.Tentang orang yang belajar ilmu sihir, al-Quran mengatakan:

"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang bisa merusak dan menghancurkan sesuatu bangsa sebelum terkena kepada pribadi seseorang, dan dapat menurunkan derajat pelakunya di dunia ini sebelum pindah ke akhirat. Justeru itu Nabi bersabda:

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)Begitu juga dengan intipati yang ada di dalam Surah Al Falaq :

Allah Maha Melindungi kita dari kejahatan makhluknya iaitu kejahatan hati yg gelap bagaikan malam (orang buta mata hati iaitu Dajal), kejahatan hati yang tidak berdasarkan logik dan bukti yang nyata seperti tukang-tukang sihir, kejahatan hati yang dengki dengan kejayaan orang lain. Contoh orang yang kuat dengki adalah orang yang marah melihat kekayaan pemimpinnya sedangkan bila dia diajak berfikir dan membangunkan minda, dia hanya suka memilih ketaksuban dan melembabkan otak sendiri.

Justeru, sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya. Sekiranya tukang sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh syaitan maka syaitan pun tidak akan bersedia menjadi khadamnya.

Kesimpulannya ialah bahawa tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang bekerjasama untuk bermaksiat kepada Allah s.w.t.

Jika kita perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam.

Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa dalam sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai bersama isteri,anak-anak ataupun dirinya sendiri. Dia tidak boleh tidur tenang, bahkan sentiasa cemas dalam tidurnya. Bukan hanya terhad kepada dirinya, malah syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. Maha Benar allah yang berfirman:"Dan sesiapa yang enggan mengingatKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta."

Haramnya sihir di sini tidak hanya terbatas kepada si tukang sihirnya saja, bahkan meliputi setiap yang percaya kepada sihir dan percaya kepada apa yang dikatakan oleh si tukang sihir itu.

Lebih hebat lagi haram dan kejahatannya apabila sihir itu dipergunakan untuk tujuan-tujuan yang haram, seperti menceraikan antara suami-isteri, mengganggu seseorang dan sebagainya yang biasa dikenal di kalangan ahli-ahli sihir.

Maha besar Allah Yang Maha agung yang telah berfirman:

"Artinya : Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit". [Thaahaa : 124]

Allahuakbar!

p/s: Al Fatihah!semoga arwah ditempatkan di sisi orang2 yang beriman dan diletakkan di dalam syurgamu Ya Allah!amin.

Thursday, November 19, 2009

air oh! air

for ur info..

3.7 bilion..penduduk dunia tidak mendapat bekalan air bersih

5 juta..kebanyakan kanak-kanak mati setiap tahun akibat penyakit disebabkan kekurangan bekalan air bersih dan berkualiti

19 liter..diperlukan oleh setiap seorang penduduk untuk kegunaan harian

50%..rakyat afrika menderita akibat penyakit taun dan cirit birit kerana menggunakan air tidak bersih

RM324 bilion..anggaran pelaburan tauhnan global dalam menyediakan bekalan air awam

1.4 bilion..kubik kilometer air di dunai yang mana 97% mengandungi garam

80%..daripada penyakit di dunia ini berpunca daripada air yang tidak bersih dan penjagaan kebersihan yang tidak sempurna

7 bilion.. penduduk dunia di 60 negara dijangka menghadapi kekurangan air pertengahan kurun ini

Thursday, November 12, 2009

spongebob n patrick

apa yg saya buat klu stress selain berpesbuk @ berblog?
pastinya saya akan menengok gambar sahabat karib yg cukup comel sambil tergelak sorang2 depan pc..



kelakar kan?hahaha :D

xtau nk letak tajuk apa

'jom minum!'
'xpelah lain kali dah petang ni nk balik dah pun'
'payah betul nk ajak minum'
'keja x siap lg dh ajak minum pula lgpun i ada duit sendiri boleh pegi minum xpayah susah2 ajak i minum'
muka org tu stone.mcm bengang.hahaha.tapi aku hapy sbb berjaya mengelak.
nasihat aku : semoga berjaya di lain masa! ;D