Thursday, September 23, 2010

salam aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010!!

Monday, September 20, 2010

keikhlasan memohon maaf

 Entry kali ini adalah entry ulangan yang pernah saya keluarkan untuk bacaan dan makluman kalian..oleh kerana isi kandungannya amat bererti dan boleh memberi panduan kepada umat manusia saya masih mahu lagi mengeluarkan entry yang lama untuk ingatan kepada kita semua..

Sudah menjadi budaya dan tarbiah (kebiasaan) apabila menjelang aidilfitri masyarakat islam dan ada juga kaum dari bangsa dan agama lain bermaaf-maafan sesama mereka. Ini dilakukan demi membersihkan jiwa dan hati di antara pemohon maaf dan pihak yang dipohon.

Harapan maaf diterima dan bakal membina masyarakat yang penuh kasih sayang dan secara tak langsung dapat membina masyarakat yang penuh dengan ukhuwah dan dilindungi syafaat.

Tetapi apa yang aku nak coretkan ialah apabila ada segelintir masyarakat islam sendiri memburukkan atau mencemarkan budaya tersebut. Ini realiti yang dapat dilihat dimana-mana sahaja.

Sama ada pemohon maaf dan si penerima seakan-akan melepaskan batuk di tangga, tidak mengangkat martabat tujuan kemaafan dipohon. Malah ada yang hanya memandang remeh tentang perkara tersebut. Dimanakah budaya kita dahulu? Apakah kemodenan dijadikan sebab ia turut berubah?

Mungkin bagi kau ianya adalah hal kecil tetapi bagi aku hal kecil inilah mahu dijaga dan dibela sampai bila-bila. Hal-hal kecil seperti ini kalau tidak dijaga bakal menyimpan titik-titik hitam kecil di dalam hati.

Aku suka melihat budaya orang lama terutama yang terjadi dalam budaya masyarakat islam jawa. Aku tak tahu kenapa setiap sesi memohon maaf ketika bertandang di rumah saudara mara, hati ini boleh jadi sebak kerana melihat cara mereka yang begitu beria-ria pohon dimaafi.

Mereka bersalam dan bermohon maaf seperti berbisik dan berpeluk-pelukan erat. Jika dilihat seperti mereka mahu pergi jauh!

Bagi aku, sejauh mana kau jaga diri kau untuk mendekati-NYA maka sejauh itu juga kau menjaga hubungan antara manusia itu sendiri. Jangan terlalu bangga diri sehingga kau merasakan diri kau boleh hidup tanpa orang lain.

Selami kembali sejauh mana kau memaafkan seseorang dan keikhlasan kau memohon maaf dari orang lain. Secara tak langsung ia amat baik untuk membersihkan jiwa dan rohani kau dan kau.

Aku suka ingat kat ayat lagu in-team yang bertajuk ” Epilog Rindu “…

” Hindarkan persengketaan….
” Jernihkan kekeruhan….
” Bara amarah mu jgn di nyalakan….

…….

” Leburkan KEEGOAAN..
” Hulurkan kemaafan…
” Semoga sentosa dalam keredhaan…

Selalu2 lah buang ego ketika buat salah, dan selalu2 lah lapangkan dada untuk sentiasa memaafkan org lain….

“tidak ada sekelumit pun perkara yang memalukan ketika memohon kemaafan..bahkan ianya suatu kemuliaan….”

Aku teringat baris ayat yang diungkap oleh seorang pelakon terkenal Bollywood dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham.

“Orang yang meminta maaf tidak akan menjadi besar atau kecil, tetapi orang yang memberi maaf adalah sangat pemurah.”

Akhir kata : 'selamat hari raya maaf zahir batin'