Wednesday, December 16, 2009

dalam lubuk hati

aku ada masalah ke atau masalah datang pada aku?
semua org ada masalah tapi kenapa aku rasa terbeban sangat?
adakah kerana aku pendam masalah ini sudah terlalu lama?
adakah kerana hati aku berkata ”sudah2 la tuan saya sudah tidak
tertanggung lagi hendak pendam masalah tuan..”
adakah kerana kepala aku juga sudah berkata ”sudah2 la tuan kepala
sudah berserabut dengan sarang labah2 yang makin bertambah..”
adakah kerana badan ku juga sudah berkali-kali berkata ”sudah2 la
tuann saya sudah sekian lama tidak tertahan menbendung masalah tuan..”

apa kata orang itu jika aku buat begitu?
apa kata orang lain jika aku buat orang itu begitu?
apa pandangan orang lain terhadap aku nanti?
huh!manusia yang tidak pandai memberi satu kata
manusia yang tidak penuh dengan pengalaman di dada
manusia yang singkat pemikiran pun ada
manusia yang tidak berilmu
manusia yang bersifat seperti rumput lalang

mengapa semua ini perlu ada?
kerana kau tidak bersedia
kerana emangnya kau belum cukup berpengalaman seperti kata orang belum PRO!
bila kau belum PRO otomatik kau cetek pengalaman, cetek pemikiran
bila kau cetek semua tuh kau akan seperti tidak berilmu
bila kau tidak berilmu kau tidak akan dapat memberi satu kata
bila kau tidak beri kata, kau sebenarnya belum bersedia..

aku memang tak pandai bermain kata
apa yang terlintas aku akan keluarkan
segelintir orang boleh terima
dan sebahagian aku belum tahu
apa-apa yang difikiran mereka

cukup kah ini?
atau mahu diteruskan lagi?
ada orang kata padaku ”semua orang kena laluinya baru dapat pengalaman”
ada orang lain kata padaku ”kau redah jer!”
ada orang yang lain pulak ”lebih baik kau larik je”
tapi aku mahu jadi PRO!!
hurm!motivasi..muhasabah diri..
di akhir kata-kata mereka
dan juga di akhir kata-kata ini.

No comments:

Post a Comment