Tuesday, October 27, 2009

serik!

aduss..napain dia pula yg mamper?apa lagi yg dia mau? Org itu : 'sayala yg akan buat keja2 tu puan'.. (muka aku dh stone)mmm..baikla! Kepala angguk bunyi mcm setuju tp dlm hati dh nangis kuat2 huahua..tp aku kenakn syarat2 yg cukup ketat dn aku kata itu xbole,ini xbole MESTI jd mcm yg saya nk tau! Aku xnk pisang brbuah 2x aku dh serik kena tipu sbb tu kau blom dpt ganjaran 2 lagi dn byk kali da kau pnye pymnt trsangkut..laen kali jgn tipu2 org trutama dgn aku..kau xtakut balasan Tuhan ke?

sihir itu umpama semut hitam di atas batu hitam di waktu yang gelap

tajuk cerita entry kali ni bukan main panjang..tapi ianya membawa maksud yang mendalam..

mlm td en ajua bercerita ttg aktiviti sehariannya di opis dan salah satu aktivitinya pada hari itu adalah melawat 2 orang kawan sepejabatnya yang jatuh sakit di hospital.

en ajua :'sorang tu sakit kencing manis ada bisul di kaki..doktor lubangkan kakinya sebab nk bg buang bisul tu'.

en ajua :'sorang lagi tu xtau sakit apa, doktor sendiri pun xdpt detect sakit apa tapi dia xboleh mkn,minum,bgn,berjalan,bercakap..scan dh mcm2..scan kepala la..tgn la..paru2 la..tp doktor tetap x dpt detect dia sakit apa..kakak tu dh makin kurus mcm orang sakit aneroxia',sambung ajua lg..'kitorg satu opis rasa macam kakak ni kena buatan orang kot..'kata ajua lagi.

aku terdiam..(sigh!)
aku :'mcmner abg boleh ckp mcm tuh?apa buktinya yg dia kena buatan org?pastu abg tau ke sapa yg buat dia jd smpi mcm tuh?'

en ajua :'xde bukti tp klu tgk keadaan dia tu mcm kena buatan orang..sapa yg buat kita xtahu..lgpun doktor sendiri xtau apa penyakit kakak tu tp keadaan dia makin teruk sian abg tgk..suami kakak tu ckp mgkin lg 2 hari akan keluar doktor suh bawak berubat cara tradisional'.

aku :'anak2 dia mcmner?'

en ajua :'xtahu la..tp masa melawat td xnmpk anak2 dia'.
mmmm..aku diam lagii.

sepanjang perjalanan ke kedai mkn di seksyen 24 shah alam aku terfikir apakah kebarangkalian yang bakal terjadi kepada setiap mahkluk Tuhan yang dicipta olehNya menyekutu dan menduakan yang Maha Esa, tidak menyembah pada yang Esa tetapi mempercayai dan memperagungkan sihir serta jin2/iblis2 yang sememangnya tidak diampunkan dosa2 mereka di dunia dan di akhirat! lagi menambahkan dosa2 mereka dengan memporakperandakan, memusnahkan, menghancurkan masa depan serta kehidupan orang lain. nauzubillah!

sepertimana Firman Allah yang bermaksud, 'Nabi Isa a.s. berkata, "Wahai Bani Israil, sembahlah kamu akan Allah, Tuhan-ku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam neraka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu penolong". (Surah al-Maidah: 72)

Zalim paling besar adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Allah Taala tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu". (Surah an-Nisa: 116)

Allahuakbar!

Sunday, October 11, 2009

siapa yang berhutang?

Hutang ada kena-mengena dengan keperibadian seseorang muslim dan muslimah.

Rasulullah SAW mengingatkan, sesiapa yang berhutang dan ada niat untuk membayarnya, maka Allah SWT akan memudahkan niatnya itu. Tetapi, sesiapa yang berhutang dengan niat tidak mahu membayarnya, Allah SWT akan merosakkannya.

Sahabat Rasulullah SAW menceritakan pada suatu ketika, Rasulullah SAW kelihatan mengeluh sambil menyebut "Subhanallah" beberapa kali. Mereka melihat baginda mengangkat kepala ke langit, kemudian tunduk dan meletak tangan di kening.

Esoknya, mereka bertanya Rasulullah SAW dan baginda berkata, kebimbangannya adalah berkaitan hutang.

Jika seseorang itu terbunuh kerana melakukan kebaikan kerana Allah SWT, ditakdirkan dia hidup semula dan kemudian mati kembali, kemudian dia hidup semula, dan kemudian terbunuh lagi, dia tidak akan masuk syurga kecuali selepas dia melangsaikan kesemua hutangnya!

Rasulullah s.a.w. mengingatkan orang berhutang bahawa dia terus terikat dengan pembayaran balik segala hutangnya. Dia mesti menjelaskan hutang ketika hidup kerana apabila orang yang berhutang meninggal dunia, rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang itu.

Wallahu a'lam.

caca demam lagi..



buah hati pengarang jantung saya demam lagii..
sian anak ibu!



semalam bawa caca ke klinik An-Nur.
tiba di klinik ramai pesakit sedang tunggu.
caca yg lembik dari dalam kereta terus cergas bila dia nampak budak2 sebaya dia ramai di situ.

setengah jam berlalu baru nama caca dipanggil masuk.
suamiku bawa caca berjalan masuk ke dalam bilik doktor.
aku follow dari belakang.
sampai ke daun pintu caca boleh pusing ke belakang dan lari keluar.
aku dan suami terkejut lantas mengejar caca dari belakang.
doktor dari dalam bilik dah tergelak2 melihat gelagat caca secara spontan.
'marissa takut dengan doktor ye?'tanya doktor lembut.
waktu tu caca dh terjerit2 takut bila suami memegang dia erat elak dari lari lagi.
kalu aku yg pegang sure caca lari lagii..
sepanjang pemeriksaan caca menangis tak henti.
doktor hanya tersenyum kami berdua jadi malu.

selesai diperiksa, suami bawa caca keluar tup2 hilang hiba si caca.
senyum dan ketawa sambil memandang tepat pada kami.
'kenapa awak menangis tadi?'tanya aku pada caca..
sengih lagii..

ubat dah diambil bila dibilang ada 5 jenis ubat caca kena telan.
kerja suamiku untuk melipat2 tangan dan kaki caca sambil makan ubat..

baru sekarang aku sedar caca sudah faham siapa itu doktor..hahhaha!

Wednesday, October 7, 2009

Kelebihan puasa sunat 6 di dalam bulan Syawal

Assalamualaikum dan salam syawal kepada pembaca-pembaca blog saya. Entry pada kali ini saya akan bercerita tentang kelebihan dan hikmat puasa sunat 6 di dalam bulan syawal. Agama Islam menganjurkan umatnya beramal kepada Allah sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. Namun, ada kelebihan pada hari tertentu di mana kita digalakkan mengamalkan ibadat sunat.

Bak kata dari pendakwah bebas, Abu Hasan Al-Ash'ari Zakaria,

"Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta. Ada badan, tayar, enjin dan stereng, kereta boleh jalan. Tetapi apabila ditambah sport rim dan sarung kulit, maka kereta nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu. Begitu juga ibadat wajib seperti solat dan puasa, jika tidak ditambah dengan amalan sunat, bukan tidak elok tetapi tidak cantik. Untuk mencantikkan, kita banyakkan amalan sunat," katanya.

Ibadat sunat di bulan Syawal ini tidak lain dan tidak bukan ialah berpuasa sunat 6 di bulan Syawal..Ramai yang masih tertanya-tanya apa pentingnya dan apa kelebihannnya berpuasa 6 ini?Di post kali ini, saya akan menerangkan kelebihan kelebihan yang saya dapat buku agama dan rujukan daripada internet..

Daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari pada Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini menjadi dalil puasa enam Syawal adalah sunat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Orang yang berpuasa Ramadan diikuti puasa sunat enam hari pada Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Puasa Syawal berfungsi sebagai penyempurna daripada kekurangan. Seseorang yang hendak berpuasa sunat pada Syawal adalah lebih lebih baik berturutan seperti puasa Ramadan, tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Cara berpuasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara berselang hari asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan tidak pada pertama Syawal dan masih di dalam bulan Syawal.

Walaubagaimana pun puasa enam adalah lebih baik disegerakan pelaksanaannya berdasarkan kepada firman Allah s.w.t.:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
[Surah Ali Imran 3:133]

Kelebihan puasa enam hari pada Syawal, ia sebagai tanda diterima puasa Ramadan yang kita laksanakan. Ibadah ini juga sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang diberikan pada Ramadan seperti nikmat kesihatan tubuh badan, ganjaran berlipat kali ganda, Lailatulqadar, ganjaran bersahur, berbuka puasa dan sebagainya. Oleh itu, antara tanda kesyukuran yang dapat dipamerkan daripada seorang hamba ke atas pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa enam. Sebaliknya, jika diganti dengan perbuatan maksiat, maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila dia berniat untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasa ramadhannya tidak akan terkabul.

Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal itu ialah :

1) Puasa enam umpama solat sunat sabelum dan selapas sesudah salat fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu.

2) Puasa enam menjadi tanda diterima puasa Ramadan yang kita kerjakan.

3) Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan.

4) Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.

Oleh yang demikian marilah kita bersungguh-sungguh berpuasa sunat enam di bulan Syawal dan merebut peluang yang ada demi mendapatkan kelebihan-kelebihan yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredaan-Nya. Selain itu juga, puasa 6 di bulan Syawal juga elok dianjurkan oleh wanita-wanita yang ingin menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkan disamping mendapat juga pahala puasa sunat 6 serta menggantikan puasa Ramadhan sekaligus..Perkara perkara qadha elok disegerakan dan jangan tunggu last minit.

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

Sekian dari saya..Wassalam dan selamat menjalani ibadah puasa sunat 6 di bulan Syawal. :)

Monday, October 5, 2009

4hb oktober 2009

smlm 4hb oktober adalah hari rahmat dan penuh bermakna bagi saya kerana itu adalah hari lahir saya. mak saya cakap saya dilahirkan pada hari jumaat selepas solat jumaat jam 2.00tghri..alhamdulilah sudah 31 tahun umur saya dan Tuhan masih memanjatkan usia saya untuk lebih beribadat kepada Nya.syukran!

ucapan kepada anda2 yang terlibat di dalam kehidupan saya :


terima kasih kepada mak tersayang yang melahir, membesarkan dan menyayangi sepenuh hati mak terhadap saya.




terima kasih kepada abah tersayang kerana mendidik dan menjaga saya.




terima kasih kepada adik beradik tersayang : kak hawa, kak hany, abg alis, mamen, ayus dan anis kerana bersama2 bersatu dan bekerjasama dalam mengharmoni dan meriuhkan kehidupan saya.




terima kasih kepada suami tercinta kerana memahami,menyayangi dan menerima diri saya seadanya serta bekerjasama dalam melayari bahtera yang telah lama dibina.




terima kasih kepada anak tercinta : marissa amany kerana anak ibu adalah pelengkap kehidupan ayah dan ibu.semoga marissa amany akan menjadi anak yang terbaik di sisi Tuhan.




terima kasih kepada ibu dan bapa mertua saya : pn rosnah dan en abd halim kerana banyak memberi dorongan, nasihat dan tunjuk ajar kepada saya serta menerima saya sebagai ahli keluarga seadanya.




terima kasih kepada adik-adik ipar : angah sekeluarga, lala sekeluarga dan adik qila kerana melengkap,meriuhkan dan menerima saya seadanya.




terima kasih kepada kawan-kawan yang mengenali diri saya kerana anda semua mengharmoni dan memeriahkan kehidupan saya.



















Keikhlasan memohon maaf & memaafkan

Sudah menjadi budaya dan tarbiah (kebiasaan) apabila menjelang aidilfitri masyarakat islam dan ada juga kaum dari bangsa dan agama lain bermaaf-maafan sesama mereka. Ini dilakukan demi membersihkan jiwa dan hati di antara pemohon maaf dan pihak yang dipohon.

Harapan maaf diterima dan bakal membina masyarakat yang penuh kasih sayang dan secara tak langsung dapat membina masyarakat yang penuh dengan ukhuwah dan dilindungi syafaat.

Tetapi apa yang aku nak coretkan ialah apabila ada segelintir masyarakat islam sendiri memburukkan atau mencemarkan budaya tersebut. Ini realiti yang dapat dilihat dimana-mana sahaja.

Sama ada pemohon maaf dan si penerima seakan-akan melepaskan batuk di tangga, tidak mengangkat martabat tujuan kemaafan dipohon. Malah ada yang hanya memandang remeh tentang perkara tersebut. Dimanakah budaya kita dahulu? Apakah kemodenan dijadikan sebab ia turut berubah?

Mungkin bagi kau ianya adalah hal kecil tetapi bagi aku hal kecil inilah mahu dijaga dan dibela sampai bila-bila. Hal-hal kecil seperti ini kalau tidak dijaga bakal menyimpan titik-titik hitam kecil di dalam hati.

Aku suka melihat budaya orang lama terutama yang terjadi dalam budaya masyarakat islam jawa. Aku tak tahu kenapa setiap sesi memohon maaf ketika bertandang di rumah saudara mara, hati ini boleh jadi sebak kerana melihat cara mereka yang begitu beria-ria pohon dimaafi.

Mereka bersalam dan bermohon maaf seperti berbisik dan berpeluk-pelukan erat. Jika dilihat seperti mereka mahu pergi jauh!

Bagi aku, sejauh mana kau jaga diri kau untuk mendekati-NYA maka sejauh itu juga kau menjaga hubungan antara manusia itu sendiri. Jangan terlalu bangga diri sehingga kau merasakan diri kau boleh hidup tanpa orang lain.

Selami kembali sejauh mana kau memaafkan seseorang dan keikhlasan kau memohon maaf dari orang lain. Secara tak langsung ia amat baik untuk membersihkan jiwa dan rohani kau dan kau.

Aku suka ingat kat ayat lagu in-team yang bertajuk ” Epilog Rindu “…

” Hindarkan persengketaan….
” Jernihkan kekeruhan….
” Bara amarah mu jgn di nyalakan….

…….

” Leburkan KEEGOAAN..
” Hulurkan kemaafan…
” Semoga sentosa dalam keredhaan…

Selalu2 lah buang ego ketika buat salah, dan selalu2 lah lapangkan dada untuk sentiasa memaafkan org lain….

“tidak ada sekelumit pun perkara yang memalukan ketika memohon kemaafan..bahkan ianya suatu kemuliaan….”

Aku teringat baris ayat yang diungkap oleh seorang pelakon terkenal Bollywood dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham.

“Orang yang meminta maaf tidak akan menjadi besar atau kecil, tetapi orang yang memberi maaf adalah sangat pemurah.”

Akhir kata : 'selamat hari raya maaf zahir batin'