Wednesday, May 26, 2010

kejadian-kejadian

memang sudah lama saya tidak ber'blog'..last saya blogging adalah pada bulan mac sekarang sudah mei..ini bermakna sepanjang april satu entry pun tiada. macam-macam peristiwa dan kejadian yang berlaku di sepanjang tempoh tersebut..walaupun saya kini sedang sibuk tapi saya akan cuba memendekkan cerita dan bebelan saya di dalam entry pada kali ini..

1. pengalaman paling tak boleh lupa : menjadi penceramah di dalam kursus kontraktor yang dianjurkan oleh PKK pada 17-18hb mei yang lalu. sebenarnya waktu itu saya hanya menggantikan bos yang sepatutnya memberi ceramah kepada 75 orang kontraktor tapi bos tidak dapat hadir kerana mesyuarat penting. terima kasih tak terhingga kepada penganjur dan bos kerana memberi peluang dan pengalaman yang sangat berguna untuk digunakan pada masa depan..nanti boleh panggil lagi!(wah!skema nya ayat!)

nampak tak muka saya kat tengah2 tu..hihi..ramaikan anak murid saya semua belasan tahun!

2. menjaga keseluruhan kawasan daerah : termasuklah kejadian banjir yang berlaku pada bulan mac yang lalu tak silap saya ada lebih kurang 8 buah kampung yang mengalami banjir pada masa itu..mujur saya memiliki kakitangan yang komited dan banyak memberi maklumat serta memberi kerjasama yang baik!

3. menghadiri exam dan kursus PTK : oh! sungguh mengujakan dan membimbangkan..4 hari exam 4 harilah jantung berdegup kencang..debar yang amat!berdebar waktu bercinta pun kalah..setiap malam tidak lena tidur memikirkan apakah soalan2 yang akan ditanya sewaktu temuduga dijalankan keesokan hari..huh! letih sangat bila memikirkan benda2 alah ni..mujur saya memiliki roomates dan jiran roomates yang banyak pengalaman dan pengetahuan untuk dikongsi.

4. caca sudah pandai panggil nama 'ibu' : oooohhhh!! itu adalah perkara yang betul2 saya tak boleh lupa..sudah sekian lama nama 'ayah' sering disebut-sebut..bila nampak saya pun dipanggil ayah, nampak nenek dia panggil ayah..nampak atuk dia panggil ayah juga..boleh dikatakan semua orang dipanggil ayah..satu hari bila saya pulang rumah dengan tiba-tiba caca memanggil nama 'ibu' ketika dia sedang duduk di depan tv sambil menunjuk rancangan barney...oohhh!!tiba-tiba saya rasa sebak gembira kerana akhirnya caca berjaya memanggil nama ibu setelah mencecah setahun 3 bulan..hurmm..seronok yang amat!





inilah buah hati pengarang jantung saya yang berjaya memanggil saya 'ibu' tidak lagi memanggil 'ayah'..
sebenarnya tak kisah pun nak panggil apa tapi bila dia dah mula pandai, seronok pula rasanya sebab dia sudah mula kenal..

ok, enough for now, saya mahu sambung kerja..nanti sambung entry yang lain!