Wednesday, March 24, 2010

sudah hitam ke saya?

hari-hari pergi site rasa macam dah hitammm..



tengok ni kaler tangan dengan leher pun dah tak sama
tengok ni macam ada jerawat nak muncul kat muka..
tengok ni ada bintik2 hitam kat muka juga
tengok ni kulit dah semakin kering kat kaki dan tangan..
sudah hitam ke saya?


bila saya tanya :
orang umah kata macam biasa
caca cakap, 'aaaarrr..papai..' sambil tangan tunjuk tivi suruh bukak barney @ hi5
opismate kata, takdela hitamm..biasa jerk! tapi angkat2 kening..huish!


what ever la
tak kisahla hitam ke kelabu ke jingga ke
yang penting hati tak hitam
tapi saya mahu cuba memutihkan kembali tangan, kaki dan muka..
any ideas?


Monday, March 22, 2010

LLAAAMMMAA betol!

wahh!! sudah bersawang dinding2, jendela2 dalam ini blog! sarang semut pun ada..apa lagi tuh? aik??sarang tebuan pun ada.. syuh!syuh! gi terbang jauh2 jangan datang lagi!! apa yang merepek yang bukan-bukan ini adalah menandakan saya terlalu LLAAAMMMAA tidak mengupdate dan membelek blog yang sudah terpinggir ke tepi..bukan tak mahu update blog tapi saya tiada masa yang terluang dan terbuang untuk update apatah lagi menjenguk blog kesayangan saya ini.

kenapa LLAAAMMMAA (ikut ejaan seperti di atas) tidak mengupdate blog?


1. kerjaan di pejabat yang menimbun setelah tiada rakan-rakan sealiran yang membantu..ditambah lagi dengan kejadian-kejadian banjir yang sedang melanda kawasan kampung di bawah jagaan saya (adus! skemanya jawapan - dah biasa almaklum kerja dengan gomen ayat pun kena rasmi..hurm!) dah pergi site kena buat laporan pulak. Sekarang ni pagi-pagi saya kena turun tapak untuk check besi - apa saiz besi kontraktor pakai, konkrit dah sampai tapak ke belum, berapa orang pekerja indon, bangla, apa kerja nak buat di tapak?eh! tak nak cerita lagi la nanti jadi serabut..
kadang-kadang nak pergi makan pun tak sempat apatah lagi nak ke toilet untuk urusan peribadi..tahan jer lah!

gambar di atas tiada kaitan dengan perkara no 1. kerana tiada
menunjukkan kesibukan di tempat kerja sebab time ni kepala dah buntut tak boleh nak
masuk input yang berlebih-lebih dahh..cukup bos! jgn cerita lagi pasal banjir..
macam nak pengsan di buek nye! tapi ada 1 soalan cik kak..
kenapa mata cik kak besar sebelah dalam gambar ni?(eh betul la baru perasan..)



2. bila balik dari kerja, saya sibuk pula dengan urusan di rumah dan jadual harian saya setiap hari selepas balik dari rumah memang 'fully-booked'..nak amik caca dari rumah nenek,sampai rumah nak mandikan caca, kemas rumah, sapu sana sini, masak..air, susun baju2 caca untuk dibawa ke rumah nenek esok harinya..macam-macam kerjaan. Kadang-kadang jam 8 malam saya sudah terbongkang tido depan tivi.

Apa pun saya akan mencuri sikit masa untuk senantiasa mengupdate blog dalam entry pada masa akan datang ya!..lately ni macam-macam benda yang berlaku..tunggu saja! chow!

Thursday, March 4, 2010

**blank**

owhh..sudah sekian lama saya tidak membebel dalam blog ni..antara sebab utama yang membuat saya tidak langsung membuka@membebel dalam blog adalah ..

  • lately saya tersangat sibuk dengan kerjaan di pejabat dan site. rakan2 sudah bertukar tempat kerja membuatkan saya betul-betul tidak cukup tangan untuk meng'handel' tugasan harian.
dan...

  • saya sudah kekeringan idea untuk menulis walaupun sebenarnya ada beribu, berjuta cerita yang ada dalam kepala saya untuk dimasukkan dalam entry blog.

insyaallah..jika saya mempunyai masa yang terluang dan terbuang saya akan pastikan entry dalam blog saya akan sentiasa ber'update'..tunnngguu!!!