Wednesday, December 30, 2009

tips kesihatan


gmbr ini tiada kaitan apa-apa dengan entry di bawah

class="MsoNormal">1) Berapakah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?

berat - 43-44 kg. tapi macam dah naik lah sekarang sebab pagi tadi kat ofis makan mee kari 1 pinggan abis pastu mkn kueh 2 ketul, biskut lagii.. ;)

tinggi - lebih kurang macam orang normal yang lain. (okay lama dah tak ukur tinggi sebenarnya)



2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda?
Usia anda pada masa itu?

berat paling tinggi mungkin 56kg kot. masa tu umur 30 tahun.waktu tu kandungan dah mencecah 9 bulan tinggal nk banak jer..hihi



3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?

Takdelah makanan sampingan. Baik simpan duit pergi makan tempat best-best. haha;p



4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat?
Usia anda pada ketika itu?

Eh paling rendah mungkinlah masa lahir kan? ini jawpan yang melampau..hoho!oklah rasanya paling rendah dapat 38kg. masa tu umo baru 25 tahun.



5) Anda pernah sertai program pelangsingan? Nyatakan kejayaan anda?
Tak pernah dan tak pernah terfikir lagi.


6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda yang paling rendah?

Makan macam biasa kadang-kadang boleh jadi luar biasa.



7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?

Erm tak pernah naik mendadak. tapi kalau nak jugak jawapan, mungkin naik mendadak sebab banyak makan dari pagi sampai malam ade 6 kali makan macam masa kat kedah dulu-dulu!



8) Apakah target anda untuk kurus selepas ini ?

Erm nak maintain je lah.


9) Miliki gambar anda dulu dan kini?
Ya saya miliki gambar-gambar itu


10) Sila uploadk ok?

Dulu punya gambar kena scan lah. leceh skit..xyah la lain kali upload.

orang belagak pandai tapi tolol!

Cukup tertarik dengan persoalan dan perbincangan dari seorang rakan sambil minum pagi di bawah pokok berhampiran opis, sepantas kilat aku drag-kan apa yang dibualkan tadi ke dalam entry kali ini :


1.Bekas kekasih saya adalah :
kawan-kawan sekarang


2.Saya sedang mendengar:
bunyi deruan kereta,motor,lori,ambulan yang melalui depan opis


3.Mungkin saya patut :
ada lebih banyak masa untuk anak perempuan saya


4.Saya suka :
suasana lepas hujan, indah, bersih masa tu la tiba2 terfikir mcm best je kalau mkn pisang goreng panas dgn air kopi!


5.Sahabat-sahabat baik saya :
adalah rakan sekolah menengah saya dan kami masih mengamalkan budaya ziarah-menziarahi setiap hari raya


6.Saya tak paham :
Kenapa orang kena merokok?!


7.Saya kehilangan :
cincin kawin saya..kalau la suami saya tahu ni..hrmmm..


8.Ramai yang berkata :
Besarnyer mata yanty!


9.Makna nama saya :
Tak tau. Rasa2 nya macam tak ada makna apa2..


10.Cinta itu adalah:
Bila teringatkan seseorang dan tiba-tiba hati menjadi rindu hingga semua kerja tak menjadi


11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Bekerja keras membentuk hidup


12.Saya akan cuba :
menjadi seorang hamba yang sentiasa taat beriman kepada Allah, seorang isteri yang baik, seorang ibu yang penyayang.


13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
I dont believe this


14.Telefon bimbit saya :
Nokia


15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya akan pandang muka anak saya yang masih tido dan saya rasakan itu adalah saat yang paling menggembirakan dan menenangkan hati saya


16.Saya paling meluat apabila :
orang belagak pandai tapi tolol!


17.Pesta/Parti adalah :
tak cool! ntah pape ntah!


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
arnab! toink!


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
semua pun best sebab tiap-tiap tahun lain, pelbagai perkara berlaku, jumpa macam2 orang


20.Hari ini :
saya bangun lambat lagi tapi saya tak memandu laju ke opis sebab kerja yang semalam dah saya bereskan..hari ni saya nak enjoy!


21.Malam ini saya akan :
sambut tahun baru di rumah bersama anak perempuan saya


22.Esok pula saya akan :
Pergi bercuti bersama keluarga besar saya ke Cameron highland!


23.Saya betul2 inginkan :
hidup yang tenang dan bahagia bersama suami dan anak tercinta


24.Ketika sy lihat wajah sy di hadapan cermin pagi ini :
saya selesa tanpa sebarang mekap ke pejabat ;)


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan? :
mestilah beli belah. beli-beli barang terus blah suh orang lain bayar. haha!


26.Makanan Barat atau Jepun? :
Barat


27.Bilik yang terang atau gelap? :
gelap dengan lampu cahaya yang suram. tidoooooo


28.Makanan segera adalah :
tak bagus untuk kesihatan!


29.Ayat terakhir yang sy katakan pada seseorang?
terima kasih ya!


30.Siapa yang sy nak Tag?
si cantik dan si hensem. haha

Tuesday, December 29, 2009

Perkara yang pernah dicapai sepanjang hidup

Terlanjur membaca blog dari seseorang aku turut ingin senaraikan perkara-perkara terpenting yang aku rasa itu adalah moment yang aku tak boleh dan tak akan lupa sampai bila-bila sepanjang hidup ini.

Seseorang pernah bagitau, “Kalau agak - agak kau tengah down cuba tulis apa yang pernah kau capai. Mungkin akan membantu”..bunyi macam best sebab aku juga skrg sedang emo2..penat agaknyer!

Baek! mari kita mulakan dengan yang..

1. Aku sudah mula pandai menggosok baju sekolah tatkala berumur 9 tahun walaupun baju yang digosok tidak begitu licin mcmana yang mak buat dan yang paling PENTING aku juga menggosokkan baju sekolah adik lelaki aku.

2. Dulu di rumah mak tak ada washing machine jadi aku adalah washing machine dalam rumah tu dan aku akan memulakan kerja-kerja mencuci baju selepas balik dari sekolah. Kadang-kadang tengah cuci baju pun boleh menangis sebab letih balik sekolah pun tak habis dah kena cuci baju pula..dan selesai cuci, bilas baju dan sidai baju jam 4 petang baru boleh rehat. Itu pun boleh kira pencapaian ker? bagi aku boleh sebab kesabaran aku adalah pencapaian aku.



3. Berkahwin dengan lelaki yang disayangi dan dicintai pada tahun 2004..(kamu sayang aku?cintai aku lagi?)




4. 4 tahun selepas berkahwin, aku dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel dan dia adalah darahku, nyawaku, jantungku, jiwaku, hidupku dan segala-galanya bagi aku..

5. Dilantik sebagai pengerusi kelab fotografi semasa belajar di uitm shah alam.

6. Pernah dilantik sebagai ’mummy dorm’ sepanjang 2 semester ketika belajar di ikm sungai petani..(ada juga junior kata aku ni kuat raging..ye ker?tak lah orang lain tu..mungkin tak sengaja kot..huhu!)



7. Aku seorang yang sangat gayat tetapi selalu juga main panjat-panjat bangunan ketika join Pertahanan Awam 3..wow!

8. Selalu masuk pertandingan kawad semasa di ikm dan uitm..ntah nape suka sangat berjemur panas waktu tuh!

9. Menjadi penolong kelas semasa darjah 3 Biru dan 4 Merah..(susah woh nak dipilih jadi penolong ni kena ada undian dari kawan-kawan tuu..)

10. Ada seorang lecturer pernah ajak dating masa belajar dulu. Nasib baik aku tolak..jual mahal!

11. Hari-hari terima surat ‘cinta’ (wow!) dari admirers yang berlainan semasa belajar..keep it dalam kotak kasut yang dah uzur.

12. Berjaya menurunkan berat badan dari 56kg ke 40++kg..



13. Menjadi presenter pada majlis hari kualiti jabatan untuk keseluruhan negeri selangor yang lalu. Habis majlis semua orang yang aku jumpa ucap tahniah..tak tau apa yang tahniah bukan aku yang dapat cemerlang..

14. Menjadi pelajar terbaik dalam matapelajaran agama islam..dapat markah 100%. Luculah!

15. Course aku mendapat tempat pertama untuk pertandingan persembahan semasa Minggu Aktiviti diadakan di ikmsp tahun 1997 kalau tak silap. Waktu tu kami membuat persembahan tarian ulik mayang dan aku adalah puteri yang ketujuh..bangga uu!! lepas persembahan tu nama terus jadi glamer u..haha!

16. Aku dan adik beradik yang lain membiayai kos pembinaan rumah mak dan abah yang terbakar pada tahun 2005..dan waktu tu surat-surat cinta pun turut terbakar.

17. Berjaya memiliki lesen ketika umur 18 tahun..mak sponsor separuh! terima kasih mak!

18. Pernah berjaya mencecah kelajuan 160km/h ketika memandu di jalan persekutuan kapar-kuala selangor sebab bangun lambat ke opis.

19. Diberi tanggungjawab oleh bos untuk menjaga 14,190.0838 hektar bersamaan 12,061.64 ekar luas kampung di mukim jeram..

20. Diberi gelaran Puan Sri semasa waktu kerja..hahaha!itu pun pencapaian jugak!

21. Menjadi wakil jabatan negeri selangor untuk perlawanan sukan lawn balls semasa Sukan Wanita Kebangsaan Ke 2 diadakan di Bayuemas, Klang.

22. Pernah memasuki pertandingan nyanyian lagu irama malaysia..

23. Sudah pandai membuat keputusan sendiri..kalau dulu selalu mintak orang tolong buatkan keputusan.

24. Pandangan dan kata-kata aku diterima ramai. Tak sangka!

25. Terpilih jadi ketua kumpulan nasyid sekolah.

26. Kalau dulu macam tak berani sorang2 mesti nak berteman tapi sekarang dah tak kisah dah..lagi suka sorang-sorang!

27. Aku dah ada facebook, friendster, blog..dan aku sedang mengupdate blog aku yang sgt ‘simple’ ni.

28. Masa study tak pernah buat pinjaman. Pakai duit sendiri.

29. Orang lain naik bas ke kelas aku dah naik kereta.

30. Tak pernah terpikir nak balas dendam dengan orang2 yang menyakiti hati ini. Biarkan!

31. Sangat percaya dengan ketentuan dan rezeki dari Tuhan.

32. Setiap pagi akan motivasi diri sendiri dengan membaca al-quran. Moment yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih Tuhan!

33. Mampu berucap di hadapan orang ramai walhal dulu aku seorang yang darah gemuruh, gigil sampai asyik ke toilet.

34. Diberi kepercayaan dan tanggungjawab memilih sesiapa yang layak untuk melaksanakan kerja-kerja engineering sehingga kos rm200,000+++.(jumlah paling besar setakat ni).

35. Mempunyai kakitangan bawahan seramai 15 orang. Kalau dulu ada 20 orang tapi lepas re-organisation balik dah kurang.

36. Menjadi setiausaha untuk kumpulan PFM (Plan Facilties n Maintenance) untuk pertandingan QCC (Quality Control Circle) semasa bekerja di Toyota dan mendapat tempat ke 3.

37. Lulus ujian-ujian untuk pengesahan jawatan.



38. Berjaya menjejakkan kaki di Gold Coast, Australia.

39. Diberi kepercayaan dan tanggungjawab menjaga 2 projek dgn kos masing-masing sebyk rm 2juta dan rm1.5juta ketika bekerja dengan syarikat swasta.

40. Belanja mak, abah, adik beradik, mertua, makcik2, pakcik2 makan di restoran seafood. Waktu tu belanja sebab aku berjaya mengandung 2 bulan..lucu!

41. udah-udah la dh penat pikir..rasa2nya cukuplah setakat tu jer..kalu ada lagi nanti aku buat version II plak.

Monday, December 28, 2009

cerita malam tadi

mlm tadi ambil mama n babah balik dari haji
muka depa masing2 ceria senyum jer..berseri2 mcm nama aku!
kami sampai airport lewat
mama n babah dah tunggu tepi jalan..kesian!
sorry byk2 sbb lambat

tapi depa nampak sangat happy!
aku pun happy!
semua orang happy!
sampai rumah dah ada jiran2 tunggu
pun jiran2 tu happy!

lastly semua jiran balik
tinggal kami anak beranak
dengar cerita mama n babah
macam2..
aku teruja nak ke sana jugak
bila ye?
hurmmm..insyallah,tetap akan ke sana

1st planning kena buat dulu
baru planning yg seterusnya..
SKT untuk tahun 2010

_______________________

mata dah mengantuk yang amat
sampai rumah jam 2 pagi
bangun lagi jam 6.30 pagi
orang sebelah masih nyenyak tido
orang kecik sebelah lagi tu pun masih dibuai mimpi
seronoknya tido lagi..
(tatkala ni mata dh tertutup tido tp tgn masih menaip!)
zzzzzzz..zzzzzzzzzz..zzz

Tuesday, December 22, 2009

Two Is Better Than One

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought
"Hey, you know, this could be something"
'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing
'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought, "Hey,"

Maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking
I can't live without you
'Cause, baby, two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
But I'll figure it out
When all is said and done
Two is better than one
Two is better than one

p/s : omaigod! i like this song so much..sedang mengilai dan mabuk dgn lagu ini..

Wednesday, December 16, 2009

cheese cake



mlm td xde idea nk masak lalu saya terpandang tepung, telur, cheese dn butter dlm frizer..lgpun sudah sekian lama saya tidak makan cheese cake..below are the receipe how to make cheese cake (mkn cheese cake kena tukaq slang baru betul2 mcm dok kt negara omputih!!huhu..)

Bahan-bahan ( 18 cm )

* 250g cream cheese
* 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
* 2 sudu besar jus lemon
* 3 sudu besar tepung gandum
* 2 biji telur
* 90g gula

Cara-cara

1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Selamat Mencuba!

dalam lubuk hati

aku ada masalah ke atau masalah datang pada aku?
semua org ada masalah tapi kenapa aku rasa terbeban sangat?
adakah kerana aku pendam masalah ini sudah terlalu lama?
adakah kerana hati aku berkata ”sudah2 la tuan saya sudah tidak
tertanggung lagi hendak pendam masalah tuan..”
adakah kerana kepala aku juga sudah berkata ”sudah2 la tuan kepala
sudah berserabut dengan sarang labah2 yang makin bertambah..”
adakah kerana badan ku juga sudah berkali-kali berkata ”sudah2 la
tuann saya sudah sekian lama tidak tertahan menbendung masalah tuan..”

apa kata orang itu jika aku buat begitu?
apa kata orang lain jika aku buat orang itu begitu?
apa pandangan orang lain terhadap aku nanti?
huh!manusia yang tidak pandai memberi satu kata
manusia yang tidak penuh dengan pengalaman di dada
manusia yang singkat pemikiran pun ada
manusia yang tidak berilmu
manusia yang bersifat seperti rumput lalang

mengapa semua ini perlu ada?
kerana kau tidak bersedia
kerana emangnya kau belum cukup berpengalaman seperti kata orang belum PRO!
bila kau belum PRO otomatik kau cetek pengalaman, cetek pemikiran
bila kau cetek semua tuh kau akan seperti tidak berilmu
bila kau tidak berilmu kau tidak akan dapat memberi satu kata
bila kau tidak beri kata, kau sebenarnya belum bersedia..

aku memang tak pandai bermain kata
apa yang terlintas aku akan keluarkan
segelintir orang boleh terima
dan sebahagian aku belum tahu
apa-apa yang difikiran mereka

cukup kah ini?
atau mahu diteruskan lagi?
ada orang kata padaku ”semua orang kena laluinya baru dapat pengalaman”
ada orang lain kata padaku ”kau redah jer!”
ada orang yang lain pulak ”lebih baik kau larik je”
tapi aku mahu jadi PRO!!
hurm!motivasi..muhasabah diri..
di akhir kata-kata mereka
dan juga di akhir kata-kata ini.

Monday, December 14, 2009

roti gulung



hahaha..jgn gelak2 jgn ckp pape2..diam2 ye..hoho!
entry kali ni mmg xde benda nk cerita tp lain plak idea lain yg dtg..
ptg smlm sebelum balik dari opis aku dh mula jd buntu nk masak apa utk mkn mlm (mmg masuk waktu petang aku terus jadi stone).

smpi umah mak ambik caca balik terus balik rumah selongkar frizer..duduk depan frizer nyaris2 nk jadi beku..caca pun duduk sama depan frizer tuh!
tup-tup ternampak roti yg melambak kat atas meja..hurm!ting! eh mcm dh ada idea je apa nk masak..kpd kawan2 yg selalu buntu mcm aku ni bley la cuba2 resepi baru di bawah nih..

Bahan Roti :
roti sandwich secukupnya
telur [pukul sebati]
breadcrumb
500 ml minyak k [untuk menggoreng]

Bahan Inti :
1 mangkuk isi ayam [potong dadu kecil]
10 tangkai kacang buncis [potong kecil]
1 batang carrot [sagat/parut kasar]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang halus]
2 tangkai cili merah [cincang kasar]
1 pokok daun bawang [racik kasar]
1 s/b lada hitam [tumbuk halus]
2 s/b minyak
garam

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lada hitam. Kacau rata. Masak sehingga lembut.
3. Masukkan kacang buncis, carrot, lada merah dan garam. Kacau rata.
4. Bila dah masak masukkan tutup api dan masukkan daun bawang. Kacau rata.
Masukkan ke dalam mangkuk.
5. Roti digelek nipis. Letakkan inti dan gulung.
6. Celupkan gulungan roti dalam telur yg telah dipukul.
7. Golekkan dalam breadcrumb.
8. Gorengkan dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
9. Angkat dan toskan.
10 Hidangkan dengan sos cili.

Tuesday, December 8, 2009

hari yg genting dn getir!!!

2hb disember 2009 yg lepas, telah berlaku saat genting dn getir pada diri aku di mana aku telah dipertanggungjawabkan untuk mengacarakan satu majlis gah yg telah dihadiri oleh orang2 kenamaan iaitu dato' SUK dn pengarah JPS negeri selangor..pencalonan nama aku bg pengacara majlis telah dicadangkan oleh kawan aku dn telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat sebelum hari getir tsb..belum majlis diadakan aku dh ketaq satu badan..bak kata tidur x lena, mandi x basah, tapi mkn kenyang selalu..haha!

aku ada bgtau bos dlm mesyuarat yg aku ni jenis darah gemuruhla..suara xboleh keluar la..(sbnrnya nk ngelat) tp bos is bos..aku hanya menurut perintah bosss..

dn pada hari kejadian,maka berlangsunglah acara yg gilang gemmilang ttu..before that, bos ada jumpa aku tanya 'yanty dh sedia nk ckp2 kt depan lepas nih?'(masa dia tye tuh tgh rehearsel)..aku sengih je..dlm hati 'seribu kali tanya pun aku tetap tak ready dn tak mahu'..

majlis pun bermula dengan baik dan tatkala aku di depan rostrum tuh aku jadi seronok pulak membebel dgn ditemani partner MC En. Odeng yg sentiasa cool dn selalu
nasihatkn aku jgn panik, jgn gigil nti dia pun sama panik..huish!baik!

cuma kaki rasa tersangat2 penat sbb berdiri dari jam 2 ptg smpi 6 ptg xbole duduk..majlis berakhir dengan jayanya (wah!!perasan sorang2) dan seksa aku pada hari tuh dh lepas..alhamdulilah!

terima kasih en odeng sbb bantu saya sama-sama mengendalikan majlis tuh dgn lancar..