Sunday, July 5, 2009

respectlah pada ibubapa..

seseorang pernah berkata pada saya :"kalau kita mahu orang menghormati kita terlebih dahulu kita mesti hormat pada orang itu".how's that sound?adakah kita perlu senantiasa tunduk tangan hulur ke bawah ketika berjalan di hadapan orang tanda respek kita pada orang itu?adakah kita perlu selalu mengangkat tgn sambil tersenyum sebagai tanda hello pada orang itu?@ kita perlu selalu mengucapkan "selamat pagi,selamat tengahari,selamat malam,good bye,terima kasih,arigatogozaimas,minta maaf tumpang lalu,minta maaf kerna saya melukakan hati awak.."?apakah sebenarnya erti respek/hormat/penghormatan?

kepada siapa pula respek yg perlu kita lakukan pada 'orang' yang saya maksudkn itu tadi?diri sendiri?ibu bapa?sahabat handai?sedara mare?orang perseorangan?haiwan peliharaan?tumbuh tumbuhan?barangan kesayangan?

dan..
apakah faktor utama yang membuatkan kita perlu respek pada seseorang itu?adakah kerna kita kena respek maruah diri orang itu?harga diri?(maruah = harga,but i love to said it both)

seseorg juga pernah berkata di hadapan saya :"tolong jgn samakan hidup saya dengan hidup mak..hidup mak lain dari saya..."(sambil menunding jari kepada ibunya).what's that means?how could she talk like that to her mother?omaigod! apabila saya terdengar kata2 itu,suddenly hati saya jadi down,kecewa,hancur kerna saya juga memiliki anak dan saya cukup khuatir jika anak saya juga begitu..mengapa semua itu boleh keluar dari mulut seorang anak yang baru setahun jagung hidup di dunia ni berbanding harga diri,maruah,jasa dan pengorbanan ibu yang melahirkan dia..ya allah!adakah filem "Si Tanggang" versi milinium 2020 sudah kembali?apakah pula perasaan si ibu yang mendengar kata2 dari anaknya itu?tidak kah cukup ajaran agama baik rohani dan jasmani yang diberikan kepada anak tersebut?di manakah nilai2 murni yang sepatutnya kita berikan kepada ibu bapa kita?di manakah pula rasa tunduk hormat si anak kepa ibunya?di manakah letaknya kedudukan ibunya di dlm dirinya?(nabi muhammad saw sendiri meletakkan kedudukan ibu baginda adalah yang teratas sekali..tetapi kenapa tidak anak tersebut?)tidakkah dia takut dengan hukuman yang bakal diterima dari Tuhan?saya cukup percaya dan pasti Allah itu maha adil dan lagi bijaksana untuk menentukan baik dan buruk sesuatu perkara itu.saya cukup kagum melihat si ibu tabah dan sabar menangani masalah tersebut tetapi saya tidak tahu naluri hati ibu itu.nauzubillah!

saya sentiasa ingin menjadi seorang anak yang taat kepada mak dan abah saya.saya amat bersyukur kerana memiliki mak dan abah yang sangat-sangat-sangat baik (i mean it!),terima kasih kepada mak kerna melahirkan saya di dunia ini..terima kasih kepada abah kerana mendidik saya dan adik beradik yang lain dengan ilmu2 yang tidak akan saya dapat dari silibus2 sekolah @ dari ibu bapa yang lain.saya cukup berbangga kerana memiliki anda berdua.mak dan abah tidak pernah mengatakan tidak kepada kami adik beradik walau penat sekali pun mak abah tetap melayan kerenah kami adik beradik...(tibaa2 saya menjadi pilluuu)saya tidak mahu menjadi anak tanggang!saya mahu cium syurga!saya sangat-sangat sayang pada mak dan abah!!

2 comments: