Sunday, July 12, 2009

kuala klawang / jelebu

pada hari ahad lepas bersamaan 12hb julai 2009,saya bersama enchek atek dan caca telah pergi menghadiri ke majlis perkahwinan sahabat saya LILY di kuala klawang/jelebu, negeri sembilan. tema pakaian kami sekeluarga adalah putih dan biru..termasuk caca..seawal jam 10 pagi kami bertolak dari rumah dan berhenti minum pagi di RnR Dengkil. gambar di bawah ni adalah menu pagi kami..enchek atek ckp jgn mkn byk2 sbb nanti nak g mkn kenduri..rugi!!


ini gamba caca..dia tgh tgk budak2 kecik sebaya dia sedang main di playground yg berdekatan..(dlm hati caca : ibu nk main ble x??)

selepas 10-15 minit berehat, kami meneruskan perjalanan ke kuala klawang/jelebu..enchek atek ckp kena pegi cepat takut nasi kenduri dah habis..sepanjang perjalanan kami ke kuala klawang, enchek atek sedang asyik bercerita tentang pengalaman pertamanya menghadiri perhimpunan tabligh terbesar seluruh dunia di masjid kuarters klia,sepang semalam..manakala caca asyik ttiiddoooo sepanjang jln..aku?jd mangsa keadaan sekeliling..



ini merupakan jalan utama untuk ke kuala klawang/jelebu..tiba2 saya terlihat di satu sudut bukit di sepanjang jln tu ada sign :'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'..hati saya terus terdetik..adakah kita masih mengamalkan budi pekerti yang mulia sesama kita?masih adakah nilai2 murni di dalam diri kita?masih adakah jiwa muda yang menghormati orang yang lebih tua?etc..






yang ini pula driver saya yang setia membawa saya dan caca berjalan2..terima kaseh enchek atek yang budiman



dan..akhirnya kami sampai di kuala klawang dan terlihat signboard serta banner (iye ke banner..saya x sure)majlis perkahwinan sahabat saya..




ngam2 sampai, caca pon bgn dari tido..terus saya snap gmbar dia..muka stone tp muka ibu maintain cun!



jln masuk rumah lily kecil dan banyak kenderaan keluar masuk terpaksa bergilir2 termasuk kereta kami..



alhamdulilah sampai juga akhirnya..setibanya di sana kami makan dan lepak sebentar meninjau2 kawasan sekeliling rumah sahabat saya yang lebih ke suasana kampung (i like!) manakala caca sibuk meninjau2 kerusi utk disusun di dalam kawasan khemah tersebut..




selepas berehat lebih kurang 30 minit,sebelum pulang saya tidak melepaskan peluang yang ada untuk bergambar dgn lily dan suaminyer..tahniah buat lily dan saya doakan semoga perkahwinan kalian berdua akan kekal hingga akhir hayat..tgklah caca tu sibuk dgn 2 bakul surveniour yang kami terima dari pihak pengantin..terima kasih puan lily..





jam 3.30 petang kami pulang dengan hati riang kerana perut sudah kenyang (wah mcm cerita sang kancil sang buaya pulak..)



perjalanan balik sama dengan perjalanan pergi, sepanjang pulang saya amat tertarik dengan satu rumah banglo yang sangat2 besar dan gah berada di tepi jalan suddenly, terdetik perasaan ingin tahu siapa empunya rumah tersebut..apalah kerja owner rumah tuu..enchek atek ckp ntah2 berhantu tak?mmm???alamak!




tiba di rumah dekat nak maghrib..saya dan caca tetap maintain senyum bergambar..enchek atek?penat dan lenguh kaki selepas drive lame..kesian atek!



sekian dulu cerita saya pada kali ini..daaa..

No comments:

Post a Comment