Monday, January 4, 2010

smart tag

1.Anda rasa anda hot?
Eh mana tau ni. I hot lah jugak, hot temper!huhu..


2.Upload gambar kegemaran anda



3.kenapa anda suka gambar itu?
Gambar ni snap sendiri time tengah drive balik dari kerja. Ermm, tak lah kegemaran sangat gambar ni, cuma tadi tengok rasa nak upload.


4.Bila kali terakhir anda makan pizza?
Hurm..bila ye?tak ingat la adala makan jugak baru2 ni tapi tak ingat bila takdela lama mana pun.


5.Lagu terakhir yang anda dengar.
Two Is Better Than One. ya saya sedang menggilai lagu itu.lalala!


6.Apakah yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Nak sambung buat kerja – menjawab surat aduan, membuat claim mailage, membuat laporan kerja tahunan 2009 dan skt utk 2010 (boleh habis ke 1 hari??)


7.Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dgn nama apa?
kalau di rumah, adik-beradik panggil ‘kakcik’, bila di pejabat gelaran rasmi adalah ‘puan sri’ (nama saya pun bermula dengan sri), kawan-kawan belajar ada yang panggil ‘yan,yanty’..tapi nama yang paling saya suka adalah ‘kakcik’.


8. tag lagi 3 orang dengan hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan. sila lakukan kalau tak kena denda mandatori.
1. AJUA EIYOEI
2. SRIHANY SAMSURI
3. NORZAIZAELYAWATI


9. Sape no.1 kpd anda?
Dialah TEMAN yang sangat disayangi, sangat memahami, caring, penyayang tapi saya tak sanggup dengar dengkuran en. suami sepanjang malam jangan marah ye! ;)


10. Bagaimana plak dgn no.2?
Kakak saya yang sedang sarat mengandung. Minta maaf banyak2 kali ini sebab tak dapat nak derma darah untuk kelahiran yang ke 4 tu sebab berat ai tak mencapai syarat minimum pun..huhu!


11. Kata sesuatu berkenaan dengan org no.3?
Hidup memang penuh dugaan. Aku tau kau tabah. Tolong jangan putus asa.

2 comments: