
Risiko serangan jantung akan menjadi 3 kali ganda lebih tinggi ketika anda terperangkap dalam kesesakan lali lintas selama satu jam. Tambahan, udara tercemar yang dihasilkan daripada kereta-kereta sewaktu tersangkut dalam kesesakan menyebabkan wanita, lelaki tua, pesakit yang tidak memiliki pekerjaan dan individu yang memiliki sejarah serangan jantung paling berisiko terkena serangan jantung.

Memakan terlalu banyak daging merah boleh menyebabkan anda berisiko mengalami buta. Ini kerana kajian mendapati individu yang menikmati lebih daripada 10 hidangan daging lembu, kambing atau babi seminggu berisiko sehingga 50% diserang masalah buta berbanding mereka yang tidak memakan nya. Bagaimanapun, risiko tersebut boleh direndahkan sehingga separuh sekiranya anda makan ayam 3 kali seminggu.

Individu yang kerap bekerja malam boleh mengalami perubahan hormon dan metabolik dalam tubuh yang meninggikan risiko obesiti, diabetes dan serangan jantung. Ia dipercayai berpunca daripada perhubungan antara masa jaga dan tabiat pemakanan yang tidak seiring dikenali sebagai ritma sirkadian.
No comments:
Post a Comment