Wednesday, January 27, 2010

visitors from UK

hari selasa tempohari aku dikejutkan dengan kedatangan 2 orang visitor dari UK. oleh kerana kesibukan yang amat sangat bos mengarahkan aku untuk entertain 2 orang mat salleh ni meronda-ronda kawasan pengairan di tanjung karang / sabak bernam dan saliran kuala selangor.

hari pertama kunjungan dia ke sini disambut dengan membawanya melawat ke kawasan pengairan. apa yang memeranjatkan aku adalah mat salleh yang dipanggil ' mr. brown' pernah menjadi district engineer semasa tahun 50an lagi dan menjaga daerah pengairan kuala selangor dan tanjung karang pada masa itu. dan yang bertambah terperanjat tu umur dia sekarang sudah menjangkau 88 tahun tetapi tubuh masih lagi bertenaga. ingatan nya terhadap sejarah kuala selangor dan tanjung karang pada masa lalu masih segar dan beliau boleh mengingati beberapa nama jalan yang ada di dalam kawasan pengairan tanjung karang walaupun beliau sudah meninggalkan malaysia sudah hampir 50 tahun..fuh! impossible tuh..aku yang sedang bekerja di sini pun masih terkial-kial nak cuba mengingati jalan-jalan yang ada di dalam daerah kuala ni..wa solute kat lu la en. brown!


hari kedua kami (aku dan officemates) membawa en. brown meronda ke taman alam kuala selangor..walaupun sudah hampir 5 tahun bekerja di kuala baru kali ni aku menjejakkan kaki ke taman alam yang berada kira-kira 300m dari pejabat aku bekerja. aii..tak patut betul. mujur ketika itu ada seorang tenaga pengajar dari taman alam itu sendiri datang dan memberi info2 yang lebih terperinci tentang taman alam tersebut. waktu tu aku dah urut dada sebab tak perlu la nak kelentong pasal tempat tu.

kami berjalan kaki di dalam taman tersebut hampir 3 jam mengelilingi 'ring bund' dan jeti tempat memancing yang ada dalam taman tu. letih macam nak pengsan! suasana dalam taman tersebut sangat sunyi dan damai..serius beb! kalau ada pun bunyi burung2, monyet2, unggas2 dan macam2 lagilah..sepanjang berjalan di dalam taman alam tu aku tak habis-habis memberitahu officemates aku, inilah pengalaman pertama aku jejak kaki kat taman alam ni..macam tak percaya!



kami menyusuri jambatan gantung, titi kecil, benteng dan lain-lain hingga menembusi jalan yang dikelilingi hutan simpan. aku tengok en. brown tu rileks and steady jer. paling tak boleh blah 2 orang mat salleh ni pantang nampak monyet asyik nak bergambar je..siap cakap monyet2 tu cute lagi. aku kat belakang dah ketawa terbahak-bahak tengok gelagat diorang tuh. apalah en. brown, monyet yang comot tu pun cute ker?alahai..


setibanya di dataran taman alam, isteri en. brown mencari buku tentang rama-rama sebab tadi waktu berjalan dalam hutan dia ternampak rama-rama terbang dan hinggap atas topi suami dia..apa lagi dia pun asyik bercerita pasal rama-ramala pada kami..tetapi stok buku rama-rama sudah habis jadi dia hanya dapat buku pasal ulat-ulat..hurm! omputih ni memang suka menyelidik kan..kalau kita ni buat tak tahu jela..tak sensitif langsung pasal alam flora dan fauna ni..

oklah lepas round2, kena gigit nyamuk, kaki kotor main lumpur, perfume yang pagi tadi sembur yang dah bertukar bau belacan tu kami meneruskan itineary kami dengan mendaki bukit melawati untuk makan tengahari. menu lunch kali ni adalah chicken chop, nasi goreng, bihun goreng dan cengkodok udang. ordered by my staff yang tak boleh blah tu..order ntah pape ntah tak matching langsung..tapi aku tengok en. brown dan isteri melantak je apa yang terhidang hingga habis dan dia bagitahu pada kami dia dan isteri paling suka makan sambal belacan..fuh!hebat omputih ni..tekak melayu! lastly dia mengucapkan berbanyak terima kasih pada kami kerana melayan, menemankan dia hingga program habis.

habis lunch, aku terus balik office sebab menghabiskan report yang belum siap dan lawatan di take over dengan officemates yang lain. sesiapa yang berminat dengan bunyi-bunyian seperti di dalam hutan dan rimba boleh la datang ke taman alam kuala selangor. banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berbasikal, memancing, joging dsb. sekian!


No comments:

Post a Comment