Tuesday, October 27, 2009

sihir itu umpama semut hitam di atas batu hitam di waktu yang gelap

tajuk cerita entry kali ni bukan main panjang..tapi ianya membawa maksud yang mendalam..

mlm td en ajua bercerita ttg aktiviti sehariannya di opis dan salah satu aktivitinya pada hari itu adalah melawat 2 orang kawan sepejabatnya yang jatuh sakit di hospital.

en ajua :'sorang tu sakit kencing manis ada bisul di kaki..doktor lubangkan kakinya sebab nk bg buang bisul tu'.

en ajua :'sorang lagi tu xtau sakit apa, doktor sendiri pun xdpt detect sakit apa tapi dia xboleh mkn,minum,bgn,berjalan,bercakap..scan dh mcm2..scan kepala la..tgn la..paru2 la..tp doktor tetap x dpt detect dia sakit apa..kakak tu dh makin kurus mcm orang sakit aneroxia',sambung ajua lg..'kitorg satu opis rasa macam kakak ni kena buatan orang kot..'kata ajua lagi.

aku terdiam..(sigh!)
aku :'mcmner abg boleh ckp mcm tuh?apa buktinya yg dia kena buatan org?pastu abg tau ke sapa yg buat dia jd smpi mcm tuh?'

en ajua :'xde bukti tp klu tgk keadaan dia tu mcm kena buatan orang..sapa yg buat kita xtahu..lgpun doktor sendiri xtau apa penyakit kakak tu tp keadaan dia makin teruk sian abg tgk..suami kakak tu ckp mgkin lg 2 hari akan keluar doktor suh bawak berubat cara tradisional'.

aku :'anak2 dia mcmner?'

en ajua :'xtahu la..tp masa melawat td xnmpk anak2 dia'.
mmmm..aku diam lagii.

sepanjang perjalanan ke kedai mkn di seksyen 24 shah alam aku terfikir apakah kebarangkalian yang bakal terjadi kepada setiap mahkluk Tuhan yang dicipta olehNya menyekutu dan menduakan yang Maha Esa, tidak menyembah pada yang Esa tetapi mempercayai dan memperagungkan sihir serta jin2/iblis2 yang sememangnya tidak diampunkan dosa2 mereka di dunia dan di akhirat! lagi menambahkan dosa2 mereka dengan memporakperandakan, memusnahkan, menghancurkan masa depan serta kehidupan orang lain. nauzubillah!

sepertimana Firman Allah yang bermaksud, 'Nabi Isa a.s. berkata, "Wahai Bani Israil, sembahlah kamu akan Allah, Tuhan-ku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam neraka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu penolong". (Surah al-Maidah: 72)

Zalim paling besar adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Allah Taala tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu". (Surah an-Nisa: 116)

Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment