Sunday, October 11, 2009

siapa yang berhutang?

Hutang ada kena-mengena dengan keperibadian seseorang muslim dan muslimah.

Rasulullah SAW mengingatkan, sesiapa yang berhutang dan ada niat untuk membayarnya, maka Allah SWT akan memudahkan niatnya itu. Tetapi, sesiapa yang berhutang dengan niat tidak mahu membayarnya, Allah SWT akan merosakkannya.

Sahabat Rasulullah SAW menceritakan pada suatu ketika, Rasulullah SAW kelihatan mengeluh sambil menyebut "Subhanallah" beberapa kali. Mereka melihat baginda mengangkat kepala ke langit, kemudian tunduk dan meletak tangan di kening.

Esoknya, mereka bertanya Rasulullah SAW dan baginda berkata, kebimbangannya adalah berkaitan hutang.

Jika seseorang itu terbunuh kerana melakukan kebaikan kerana Allah SWT, ditakdirkan dia hidup semula dan kemudian mati kembali, kemudian dia hidup semula, dan kemudian terbunuh lagi, dia tidak akan masuk syurga kecuali selepas dia melangsaikan kesemua hutangnya!

Rasulullah s.a.w. mengingatkan orang berhutang bahawa dia terus terikat dengan pembayaran balik segala hutangnya. Dia mesti menjelaskan hutang ketika hidup kerana apabila orang yang berhutang meninggal dunia, rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang itu.

Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. sebab tu le abong settlekan hutang. duit xde xpe. utang mesti selesai.

    ReplyDelete