Monday, April 20, 2009

marissa amany berwajah baru..

smlm lepas balik keja..aku terus mandi n solat..
tak lame tuu..suami aku pulang..kami berbincang
tntg makan mlm apa yg nk dimkn..tetiba suami
aku teringat untuk ambil marissa pulang dari rumah
mak yang x jauh dari rumah aku...tiba2 suami aku
bgtau yang dia baru teringat tntg mak aku akan
potong pendek rambut marissa kerana marissa
sedang mengalami masalah ruam2 hingga naik
sampai ke kepala..aku dah mula cuak..
(hai..mcmner la rupa marissa nanti...)
aduss..pastinya aku akan merasa sedih dengan
keadaan marissa yang berwajah baru kalau elok,
ok la tu..kalu teruk???
aduuusss...

nk dipendekn cerita..lepas maghrib aku dan
suami terus ke rumah mak untuk mengambil marissa..

setibanya di sana..pintu rumah ditutup rapat..
aku ketuk dan beri salam..tak lame tu, anak
sedara aku si arif yang buka pintu (dia baru umo 8 thn)..
di belakang arif kelihatan asyraf dan amar
(2-2 anak sedara_adik2 arif)..mereka semua dtg
menghampiri aku..tiba2 terdengar suara anak kecik
yang mmg aku kenal benar..menjerit2 sambil berjalan
terkial2 menghampiri aku...

ya allah! marissa..nape muka ica lain??ica dtg hampiri
aku lalu memeluk erat sambil mulutnya tak henti2
mengomel ntah apa yg dikatakan..lain bebenor muka
anak aku..

mak memberitahu aku dia terpaksa memotong rambut
marissa di bhgn depan dn blkg sbb mengalami ruam
yang teruk..tetapi apabila rambut ica sudah dipotong,
ruam jadi kering..

mmm..aku x bole nk kata apa..mungkin betulla tindakan
mak aku tu..lgpon anak aku tu mmg mengalami masalah
alahan..salah makan naik bintik, salah minum susu naik
pula alahan lain..mcm2..tp xpela..janji dia beransur baik..

sepanjang mlm tu mata ku x henti2 memandang muka
ica yang dah lain tuh..muka ica kini nmpak lebih seperti
org jepun tp versi mata bulat..haiii...apa2 la ca janji kamu sihat..

No comments:

Post a Comment