![]() |
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010!! |
Thursday, September 23, 2010
Monday, September 20, 2010
keikhlasan memohon maaf
Sudah menjadi budaya dan tarbiah (kebiasaan) apabila menjelang aidilfitri masyarakat islam dan ada juga kaum dari bangsa dan agama lain bermaaf-maafan sesama mereka. Ini dilakukan demi membersihkan jiwa dan hati di antara pemohon maaf dan pihak yang dipohon.
Harapan maaf diterima dan bakal membina masyarakat yang penuh kasih sayang dan secara tak langsung dapat membina masyarakat yang penuh dengan ukhuwah dan dilindungi syafaat.
Tetapi apa yang aku nak coretkan ialah apabila ada segelintir masyarakat islam sendiri memburukkan atau mencemarkan budaya tersebut. Ini realiti yang dapat dilihat dimana-mana sahaja.
Sama ada pemohon maaf dan si penerima seakan-akan melepaskan batuk di tangga, tidak mengangkat martabat tujuan kemaafan dipohon. Malah ada yang hanya memandang remeh tentang perkara tersebut. Dimanakah budaya kita dahulu? Apakah kemodenan dijadikan sebab ia turut berubah?
Mungkin bagi kau ianya adalah hal kecil tetapi bagi aku hal kecil inilah mahu dijaga dan dibela sampai bila-bila. Hal-hal kecil seperti ini kalau tidak dijaga bakal menyimpan titik-titik hitam kecil di dalam hati.
Aku suka melihat budaya orang lama terutama yang terjadi dalam budaya masyarakat islam jawa. Aku tak tahu kenapa setiap sesi memohon maaf ketika bertandang di rumah saudara mara, hati ini boleh jadi sebak kerana melihat cara mereka yang begitu beria-ria pohon dimaafi.
Mereka bersalam dan bermohon maaf seperti berbisik dan berpeluk-pelukan erat. Jika dilihat seperti mereka mahu pergi jauh!
Bagi aku, sejauh mana kau jaga diri kau untuk mendekati-NYA maka sejauh itu juga kau menjaga hubungan antara manusia itu sendiri. Jangan terlalu bangga diri sehingga kau merasakan diri kau boleh hidup tanpa orang lain.
Selami kembali sejauh mana kau memaafkan seseorang dan keikhlasan kau memohon maaf dari orang lain. Secara tak langsung ia amat baik untuk membersihkan jiwa dan rohani kau dan kau.
Aku suka ingat kat ayat lagu in-team yang bertajuk ” Epilog Rindu “…
” Hindarkan persengketaan….
” Jernihkan kekeruhan….
” Bara amarah mu jgn di nyalakan….
…….
” Leburkan KEEGOAAN..
” Hulurkan kemaafan…
” Semoga sentosa dalam keredhaan…
Selalu2 lah buang ego ketika buat salah, dan selalu2 lah lapangkan dada untuk sentiasa memaafkan org lain….
“tidak ada sekelumit pun perkara yang memalukan ketika memohon kemaafan..bahkan ianya suatu kemuliaan….”
Aku teringat baris ayat yang diungkap oleh seorang pelakon terkenal Bollywood dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham.
“Orang yang meminta maaf tidak akan menjadi besar atau kecil, tetapi orang yang memberi maaf adalah sangat pemurah.”
Akhir kata : 'selamat hari raya maaf zahir batin'
Wednesday, July 28, 2010
soalan & jawapan
- tahun 1997, masa tu sedang belajar di IKM Sungai Petani Kedah. Naik kapal terbang sebab itu adalah last choice untuk balik raya..tiket bas sudah habis jadi mintak jasa kakak untuk booked tiket kapal terbang. Naik dari Bayan Lepas Airport, Penang dan departed di Subang Aiport..masa tu KLIA dengan LCCT belum wujud lagi.
2: 1st time bersalin ??
- 8hb mac 2008 waktu tu bersalinkan marissa amany.
3: 1st time gi overseas ??
- Melancong dan mengabihkan duit di Gold Coast, Australia pada bulan Mac 2009.
4: 1st time duduk jauh dari family ??
- tahun 1996 waktu tu sambung belajar di Sungai Petani, Kedah.
5: 1st time kerja??
- tahun 1998 lepas habis belajar, kerja sebagai draughtperson di syarikat konsultant..gaji pun masa tu baru RM500.00 cukup 3 bulan kompom dapatlah gaji RM550.00 sebulan..syukur! (kira dah banyaklah tu)
6: 1st time rasa diri gemok ??
- masa belajar di IKMSP waktu tu berat badan mencecah 56kg..memang gua montel giler!!apa tak montel, tiap-tiap hari makan nasi lemak sampai 2 bungkus!!
7: 1st time bercinta ??
- hahahaha..ini soalan yang malas nak jawab. Tapi oleh kerana interviewer nak tahu jugak, apa boleh buat..bercinta? hurmm..tahun 1994 kot..masa tu baru Form 4,bukanlah bercinta tapi sebenarnya baru berkenalan dengan kawan-kawan lelaki. Tapi gua tak kahwin pun dengan mamat yang gua kenal masa Form 4 tu..tak ngam! macam tak boleh nak feeling2 pulak dengan dia..lupakan! gua lagi senang feeling2 dengan mr. orang rumah gua yang sporting morting tu! (lu bila nak ajak gua shopping??)
8:- 1st time diri cantik ??
- Hari2 perasan cantik....hahahaha! (hidung gua makin kembang-kembang dan kembang!!)
9:- 1st time masuk cinema ??
- aku tak ingat..rasa2nya Form 4 kot tengok sembilu 1 kat capital klang dengan kakak aku memang rare! tapi cinema tu dah tak ada tak tau dah jadi apa la ni..
10:- 1st time admitted in hospital ??
- Ada sekali masuk SALAM Medical Center di Seksyen 19, Shah Alam. Gua admitted sampai 4 hari macam pergi honeymoon je. Kenapa?sebab demam panas dan paru2 berkuman waktu tu sedang bekerja dengan syarikat swasta..kerja bagai nak rak sampai kesihatan tak jaga..gua dulu workaholic beb tapi la ni shophaholic!hihi..itu adalah terapi untuk gua.
11: Pilihan hati ??
- Ni nak pilih pasal apa lagi ni? gua rasa gua dah tak ada pilihan hati ni sebab gua not available but gua single..ngeeh! Kalo pasal pilih kawan, gua ikut instinct and chemistry. Kalo hensem & cun bagai tapi takleh nak 'klik'...mmg gua tak leh nak masukkkk!
Tuesday, July 27, 2010
julai yang panjang
yang sibuk
yang paling sibuk
dan paling double triple siibukk
yang banyak benda nak dibuat
yang paling banyak event kena involved
ooo julaii...
julaiii..
mengapa mesti julai
huhuhu!!!
mahu meraunggg!!!
kursus
hari 2 : boleh tahan lagi walau macam ada sikit rasa bosan
hari 3 : happy yang amat sebab dah habis!!
Tuesday, July 20, 2010
alone
maaf kerna meninggalkan kamu sudah sekian lama
sana sini bertambah sawang dan pawang
cerita banyak terbuku di minda cuma masa tak izin
hari ini cuba untuk hurai segala isi buku yang ada
minggu ini adalah minggu berseorangan
bukan seorang diri tapi masih ada yang meneman
sapa lagi kalau bukan si jantung hati - caca
mr. orang rumah outstation, never mind itu sudah kerja
cuma harapan pandai membawa diri
minggu ini juga adalah minggu yang sibuk
bukti kukuh ada dalam blog ini
sawang dan pawang merata
sibuk dengan urusan kerja di pejabat dan tapak
keduanya sangat penting
aduan jangan cerita..lagi bertambah
permohonan juga melimpah
fail disusun bagai mahu jatuh ke bawah
tak apa sudah lumrah bekerja
tak payah cerita lagi
nanti orang bosan dengan cerita kosong ini
hari ini macam emo-emo
tak tahu kenapa
dari pagi sampai sekarang masih terasa
mungkin kurang tidur atau banyak perkara yang difikirkan
kejap lagi mungkin sudah kurang
sudah sampai untuk sambung kerjaan
sekian.
Tuesday, June 29, 2010
kalaulah binatang ada FB
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."
Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...
Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..
lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....
Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?
Thursday, June 17, 2010
Pre-School test
"In which direction is the bus pictured below traveling?"
Look carefully at the picture.
Do you know the answer?
(The only possible answers are "left" or "right.")
Think about it
Still don't know?
Okay, I'll tell you.
The pre-schoolers all answered "right"
When asked, "Why do you think the bus is traveling in the right direction?"
they answered:
"Because you can't see the door."
How do you feel now ???
I know, me too, sometimes we miss the most obvious clues.

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? "
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah Itu?", tanya Abu bakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana", kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
"Siapakah kamu?" Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)".
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.
Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.
Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.
Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu....
Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.
Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah..
2. Sumbangkan kerusi roda kepada setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.
6. Bagi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
Aminnnnnn semoga bermanfaat
Monday, June 14, 2010
Thursday, June 10, 2010
berwajah baru
....
taaadddaaa!!!
yippiieee!!!
saya senang dan suka dengan blog page yang baru..
marilah datang jenguk-jenguk
macam-macam ada!
Wednesday, June 9, 2010
radio tak boleh online
Wednesday, May 26, 2010
kejadian-kejadian
1. pengalaman paling tak boleh lupa : menjadi penceramah di dalam kursus kontraktor yang dianjurkan oleh PKK pada 17-18hb mei yang lalu. sebenarnya waktu itu saya hanya menggantikan bos yang sepatutnya memberi ceramah kepada 75 orang kontraktor tapi bos tidak dapat hadir kerana mesyuarat penting. terima kasih tak terhingga kepada penganjur dan bos kerana memberi peluang dan pengalaman yang sangat berguna untuk digunakan pada masa depan..nanti boleh panggil lagi!(wah!skema nya ayat!)

3. menghadiri exam dan kursus PTK : oh! sungguh mengujakan dan membimbangkan..4 hari exam 4 harilah jantung berdegup kencang..debar yang amat!berdebar waktu bercinta pun kalah..setiap malam tidak lena tidur memikirkan apakah soalan2 yang akan ditanya sewaktu temuduga dijalankan keesokan hari..huh! letih sangat bila memikirkan benda2 alah ni..mujur saya memiliki roomates dan jiran roomates yang banyak pengalaman dan pengetahuan untuk dikongsi.
4. caca sudah pandai panggil nama 'ibu' : oooohhhh!! itu adalah perkara yang betul2 saya tak boleh lupa..sudah sekian lama nama 'ayah' sering disebut-sebut..bila nampak saya pun dipanggil ayah, nampak nenek dia panggil ayah..nampak atuk dia panggil ayah juga..boleh dikatakan semua orang dipanggil ayah..satu hari bila saya pulang rumah dengan tiba-tiba caca memanggil nama 'ibu' ketika dia sedang duduk di depan tv sambil menunjuk rancangan barney...oohhh!!tiba-tiba saya rasa sebak gembira kerana akhirnya caca berjaya memanggil nama ibu setelah mencecah setahun 3 bulan..hurmm..seronok yang amat!
sebenarnya tak kisah pun nak panggil apa tapi bila dia dah mula pandai, seronok pula rasanya sebab dia sudah mula kenal..
Wednesday, March 24, 2010
sudah hitam ke saya?

tengok ni kaler tangan dengan leher pun dah tak sama
tengok ni macam ada jerawat nak muncul kat muka..
tengok ni ada bintik2 hitam kat muka juga
tengok ni kulit dah semakin kering kat kaki dan tangan..
sudah hitam ke saya?
bila saya tanya :
orang umah kata macam biasa
caca cakap, 'aaaarrr..papai..' sambil tangan tunjuk tivi suruh bukak barney @ hi5
opismate kata, takdela hitamm..biasa jerk! tapi angkat2 kening..huish!
what ever la
tak kisahla hitam ke kelabu ke jingga ke
yang penting hati tak hitam
tapi saya mahu cuba memutihkan kembali tangan, kaki dan muka..
any ideas?
Monday, March 22, 2010
LLAAAMMMAA betol!
kenapa LLAAAMMMAA (ikut ejaan seperti di atas) tidak mengupdate blog?
1. kerjaan di pejabat yang menimbun setelah tiada rakan-rakan sealiran yang membantu..ditambah lagi dengan kejadian-kejadian banjir yang sedang melanda kawasan kampung di bawah jagaan saya (adus! skemanya jawapan - dah biasa almaklum kerja dengan gomen ayat pun kena rasmi..hurm!) dah pergi site kena buat laporan pulak. Sekarang ni pagi-pagi saya kena turun tapak untuk check besi - apa saiz besi kontraktor pakai, konkrit dah sampai tapak ke belum, berapa orang pekerja indon, bangla, apa kerja nak buat di tapak?eh! tak nak cerita lagi la nanti jadi serabut..kadang-kadang nak pergi makan pun tak sempat apatah lagi nak ke toilet untuk urusan peribadi..tahan jer lah!

menunjukkan kesibukan di tempat kerja sebab time ni kepala dah buntut tak boleh nak
masuk input yang berlebih-lebih dahh..cukup bos! jgn cerita lagi pasal banjir..
macam nak pengsan di buek nye! tapi ada 1 soalan cik kak..
kenapa mata cik kak besar sebelah dalam gambar ni?(eh betul la baru perasan..)
2. bila balik dari kerja, saya sibuk pula dengan urusan di rumah dan jadual harian saya setiap hari selepas balik dari rumah memang 'fully-booked'..nak amik caca dari rumah nenek,sampai rumah nak mandikan caca, kemas rumah, sapu sana sini, masak..air, susun baju2 caca untuk dibawa ke rumah nenek esok harinya..macam-macam kerjaan. Kadang-kadang jam 8 malam saya sudah terbongkang tido depan tivi.
Apa pun saya akan mencuri sikit masa untuk senantiasa mengupdate blog dalam entry pada masa akan datang ya!..lately ni macam-macam benda yang berlaku..tunggu saja! chow!
Thursday, March 4, 2010
**blank**
- lately saya tersangat sibuk dengan kerjaan di pejabat dan site. rakan2 sudah bertukar tempat kerja membuatkan saya betul-betul tidak cukup tangan untuk meng'handel' tugasan harian.
- saya sudah kekeringan idea untuk menulis walaupun sebenarnya ada beribu, berjuta cerita yang ada dalam kepala saya untuk dimasukkan dalam entry blog.
Monday, February 8, 2010
Kena tindih / Sleep paralysis

Orang ramai describe kena tindih seperti tidak boleh menggerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara) yang mana temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)
ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone).......
ok, otak kiter pun ader switch off button yang dipanggil reticular activating system RAS. bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on. kirenyer screensaver laaa or hibernate. so, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter. maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik, mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy
So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye.. ........
Sunday, February 7, 2010
How can I be a better son/daughter?
|
Bored at work? II
1. Kill a few flies.
2. Put them in the sun to dry for one hour.
3. Once they are dry, pick a pencil and paper... Let your imagination flow.
Here are a few examples...









Makes me wonder, though: where does someone work that there are these many flies?
Could be a piper at a sewer plant. I wonder if they are hiring?
Wednesday, February 3, 2010
hasad dengki
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
p/s: Tak salah klu antara kita semasa Islam saling ingat mengingati.
Wednesday, January 27, 2010
visitors from UK
hari pertama kunjungan dia ke sini disambut dengan membawanya melawat ke kawasan pengairan. apa yang memeranjatkan aku adalah mat salleh yang dipanggil ' mr. brown' pernah menjadi district engineer semasa tahun 50an lagi dan menjaga daerah pengairan kuala selangor dan tanjung karang pada masa itu. dan yang bertambah terperanjat tu umur dia sekarang sudah menjangkau 88 tahun tetapi tubuh masih lagi bertenaga. ingatan nya terhadap sejarah kuala selangor dan tanjung karang pada masa lalu masih segar dan beliau boleh mengingati beberapa nama jalan yang ada di dalam kawasan pengairan tanjung karang walaupun beliau sudah meninggalkan malaysia sudah hampir 50 tahun..fuh! impossible tuh..aku yang sedang bekerja di sini pun masih terkial-kial nak cuba mengingati jalan-jalan yang ada di dalam daerah kuala ni..wa solute kat lu la en. brown!

kami berjalan kaki di dalam taman tersebut hampir 3 jam mengelilingi 'ring bund' dan jeti tempat memancing yang ada dalam taman tu. letih macam nak pengsan! suasana dalam taman tersebut sangat sunyi dan damai..serius beb! kalau ada pun bunyi burung2, monyet2, unggas2 dan macam2 lagilah..sepanjang berjalan di dalam taman alam tu aku tak habis-habis memberitahu officemates aku, inilah pengalaman pertama aku jejak kaki kat taman alam ni..macam tak percaya!


kami menyusuri jambatan gantung, titi kecil, benteng dan lain-lain hingga menembusi jalan yang dikelilingi hutan simpan. aku tengok en. brown tu rileks and steady jer. paling tak boleh blah 2 orang mat salleh ni pantang nampak monyet asyik nak bergambar je..siap cakap monyet2 tu cute lagi. aku kat belakang dah ketawa terbahak-bahak tengok gelagat diorang tuh. apalah en. brown, monyet yang comot tu pun cute ker?alahai..

setibanya di dataran taman alam, isteri en. brown mencari buku tentang rama-rama sebab tadi waktu berjalan dalam hutan dia ternampak rama-rama terbang dan hinggap atas topi suami dia..apa lagi dia pun asyik bercerita pasal rama-ramala pada kami..tetapi stok buku rama-rama sudah habis jadi dia hanya dapat buku pasal ulat-ulat..hurm! omputih ni memang suka menyelidik kan..kalau kita ni buat tak tahu jela..tak sensitif langsung pasal alam flora dan fauna ni..
habis lunch, aku terus balik office sebab menghabiskan report yang belum siap dan lawatan di take over dengan officemates yang lain. sesiapa yang berminat dengan bunyi-bunyian seperti di dalam hutan dan rimba boleh la datang ke taman alam kuala selangor. banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berbasikal, memancing, joging dsb. sekian!
Thursday, January 21, 2010
menci.menci.
minggu yang panjang.
2 minggu yang lepas pun panjang.
banyak sesanggat kerjaan yang kena dibuat.
menci.mencilah.
bila masuk hari yang baru pasti ada kerja baru.
bila nak habis?
kenapa orang lain releks je?
boleh lagi layan sembang.ngumpat.ngular.FB.friendster?
sekarang sedang menikmati biskut kering cecah milo panas.
Tuesday, January 5, 2010
pakar kesihatan cakap...

Risiko serangan jantung akan menjadi 3 kali ganda lebih tinggi ketika anda terperangkap dalam kesesakan lali lintas selama satu jam. Tambahan, udara tercemar yang dihasilkan daripada kereta-kereta sewaktu tersangkut dalam kesesakan menyebabkan wanita, lelaki tua, pesakit yang tidak memiliki pekerjaan dan individu yang memiliki sejarah serangan jantung paling berisiko terkena serangan jantung.

Memakan terlalu banyak daging merah boleh menyebabkan anda berisiko mengalami buta. Ini kerana kajian mendapati individu yang menikmati lebih daripada 10 hidangan daging lembu, kambing atau babi seminggu berisiko sehingga 50% diserang masalah buta berbanding mereka yang tidak memakan nya. Bagaimanapun, risiko tersebut boleh direndahkan sehingga separuh sekiranya anda makan ayam 3 kali seminggu.

Individu yang kerap bekerja malam boleh mengalami perubahan hormon dan metabolik dalam tubuh yang meninggikan risiko obesiti, diabetes dan serangan jantung. Ia dipercayai berpunca daripada perhubungan antara masa jaga dan tabiat pemakanan yang tidak seiring dikenali sebagai ritma sirkadian.
Monday, January 4, 2010
7 perkara jangan dilakukan selepas makan

ramai yang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini salah kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan, akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.

asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan segera mengeras. Seterusnya makanan tersebut sukar untuk dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih sahaja.
3. mandi
sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di kawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.

jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.

sikap anda yang gemar terus tidur sebaik sahaja makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarakkan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau dua jam.

berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Justeru, langkah terbaik ialah berhenti merokok.

bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.