Sunday, November 22, 2009

jgn sekali2 mensyirikkan Allah swt..hukuman Nya sgt3 berat!

pada entry yang lalu saya ada menceritakan sebuah cerita yang bertajuk 'sihir umpama semut hitam yang berjalan pada waktu gelam/malam'..dan pada kali ini saya ingin bercerita@menyambung kisah rakan sepejabat en ajua yg terkena dengan buatan sihir yang entah dari mana@siapa..masya Allah!

petang semalam en ajua menerima satu sms dari seorang rakan yg memberitahu ttg rakan nya yg mereka lawati di hospital sebulan yg lepas telah kembali ke rahmatullah ketika arwah sedang dalam perjalanan untuk berubat secara tradisional.Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (We belong to Allah and to Him we shall return).walaupun saya tidak mengenali diri arwah waima melihat mukanya sekalipun tetapi saya berasa cukup sedih dan terkejut dengan kematian mengejut si arwah kerana menurut kata en ajua beliau merupakan orang yang paling disegani dan disayangi oleh rakan2 sepejabat kerana sifat beliau yang sangat mengambil berat,rajin membantu rakan2 lain ketika dalam kesusahan..

yang membuatkan saya lebih sedih apabila saya diberitahu bahawa punca kematian beliau adalah daripada terkena buatan orang yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai hati yang sangat3 busuk!lantas saya teringat dengan Firman Allah yang bermaksud, 'Nabi Isa a.s. berkata, "Wahai Bani Israil, sembahlah kamu akan Allah, Tuhan-ku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam neraka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu penolong". (Surah al-Maidah: 72)

Zalim paling besar adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Allah Taala tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu". (Surah an-Nisa: 116)


Justeru itu pula Islam menentang keras perbuatan sihir dan tukang sihir.Tentang orang yang belajar ilmu sihir, al-Quran mengatakan:

"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang bisa merusak dan menghancurkan sesuatu bangsa sebelum terkena kepada pribadi seseorang, dan dapat menurunkan derajat pelakunya di dunia ini sebelum pindah ke akhirat. Justeru itu Nabi bersabda:

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)Begitu juga dengan intipati yang ada di dalam Surah Al Falaq :

Allah Maha Melindungi kita dari kejahatan makhluknya iaitu kejahatan hati yg gelap bagaikan malam (orang buta mata hati iaitu Dajal), kejahatan hati yang tidak berdasarkan logik dan bukti yang nyata seperti tukang-tukang sihir, kejahatan hati yang dengki dengan kejayaan orang lain. Contoh orang yang kuat dengki adalah orang yang marah melihat kekayaan pemimpinnya sedangkan bila dia diajak berfikir dan membangunkan minda, dia hanya suka memilih ketaksuban dan melembabkan otak sendiri.

Justeru, sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya. Sekiranya tukang sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh syaitan maka syaitan pun tidak akan bersedia menjadi khadamnya.

Kesimpulannya ialah bahawa tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang bekerjasama untuk bermaksiat kepada Allah s.w.t.

Jika kita perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam.

Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa dalam sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai bersama isteri,anak-anak ataupun dirinya sendiri. Dia tidak boleh tidur tenang, bahkan sentiasa cemas dalam tidurnya. Bukan hanya terhad kepada dirinya, malah syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. Maha Benar allah yang berfirman:"Dan sesiapa yang enggan mengingatKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta."

Haramnya sihir di sini tidak hanya terbatas kepada si tukang sihirnya saja, bahkan meliputi setiap yang percaya kepada sihir dan percaya kepada apa yang dikatakan oleh si tukang sihir itu.

Lebih hebat lagi haram dan kejahatannya apabila sihir itu dipergunakan untuk tujuan-tujuan yang haram, seperti menceraikan antara suami-isteri, mengganggu seseorang dan sebagainya yang biasa dikenal di kalangan ahli-ahli sihir.

Maha besar Allah Yang Maha agung yang telah berfirman:

"Artinya : Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit". [Thaahaa : 124]

Allahuakbar!

p/s: Al Fatihah!semoga arwah ditempatkan di sisi orang2 yang beriman dan diletakkan di dalam syurgamu Ya Allah!amin.

No comments:

Post a Comment