Monday, November 23, 2009

i've been diseased with bell palsy when my pregnancy in aged 8 months

seramm kann..baca tajuk entry pun dh seram apa ntah lg saya yg melalui saat2 sukar ketika itu..ramai yg tidak tahu apa itu penyakit bell's palsy..dahulu saya sediri tidak pernah amik tahu ttg penyakit itu sehingga saya merasainya dan kini saya sudah arif sedikit sebanyak ttg bell's palsy..sakit?x sakit tp kita sendiri akan rasa susah untuk tidur,susah untuk makan,susah untuk kerdip2kn mata..

pada kali ini saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai penyakit bell's palsy..

apakah maksud bell's palsy?

Bell's palsy adalah nama penyakit yang menyerang saraf wajah no 7..sehingga menyebabkan kelumpuhan pada otot wajah di salah satu sisi. Kelumpuhan hanya terjadi di satu wajah yang terkena. Ini yang membezakannya dengan stroke.

Tanda-tandanya seperti susah menggerakkan otot wajah dibahagian yang terserang, seperti mata tidak boleh ditutup, tidak boleh meniup, dsb. Penyebab kelumpuhan ini masih menjadi perdebatan. Beberapa ahli menyatakan penyebabnya adalah kerana angin sejuk di salah satu sisi wajah secara terus menerus, ada juga yang menyatakan hal itu disebabkan oleh virus herpes yang menetap ditubuh dan aktif kembali kerana trauma, faktor lingkungan, stres dll.

Sebahagian penderita boleh sembuh tanpa perubatan, tapi disarankan untuk menjalani terapi dan perubatan agar segera sembuh.

Bell's Palsy diambil dari nama Sir Charles Bell, doktor dari abad 19 yang pertama menggambarkan kondisi ini dan menghubungkan dengan kelainan pada saraf wajah. Meski namanya unik, penyakit ini akan mengganggu secara estetika ataupun fungsi pada wajah.




ini keadaan muka saya ketika terkena penyakit bell's palsy..waktu tu kandungan saya sudah berusia 8 bulan

jadi selepas saya mengetahui punca penyakit itu,lantas saya mencari penawar dengan melayari internet dan menjumpai laman web ini (asalnya org umah saya yg jumpai dulu)

http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/BellPalsyTreatmentCure.html

tekun saya membaca info2 ttg Bell Palsy dan cara rawatan yang ditawarkan..- Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba???akupunktur???alamak! lastly saya x berasa yakin dn cuba menghubungi 'klinik' tsb..setelah mendengar penerangan yang diberikan oleh pembantu doktor di situ saya berasa lega dan bersetuju untuk datang berubat.

2 hari selepas itu, saya dan suami telah hadir ke klinik tsb dan berjumpa dengan doktor pakar yang lebih dikenali dgn panggilan Master Leong. Orangnya sgt2 peramah dan berpengetahuan sgt2 luas (emangnyer dia tahu semua, itu sbb dia jd doktor ye dak?) ttg bell palsy dn penyakit2 lain yg seangkatan dgnnya..Master Leong memberitahu pd saya, oleh krn saya sedang mengandung segala rawatan dan ubat-ubatan akan diberi dalam kuantiti yg sederhana kerana dikhuatiri ianya akan membawa effect yg lain pd baby. saya kata ok..dan dia memberi jaminan pada saya dalam masa 2 minggu saya akan dapat menggerakkan sedikit pipi saya di tempat yg sakit.langsung saya jadi teruja dan x sabar..

Master Leong menyuruh saya baring di dalam sebuah bilik dlm keadaan mengiring dan beliau minta saya menahan sedikit rasa sakit tatkala dia menyucuk jarum di spot2 area di sebelah muka yg sakit.mata dah berair, kaki saya rasa mcm nk tendang je Master Leong tp dlm hati kata saboo..kalu muka nk baik kena kuat! saya rasa ada 8-9 jarum yg dicucuk di muka saya dan terus disambung dengan wayar elektrik..


ini keadaan saya semasa menjalani rawatan secara akupunkture

saya menjalani rawatan akupunkture bersama Master Leong selama sebulan 2 minggu..dan selama itu lah tiap kali jarum akan dicucuk ke muka saya akan menangis dan selama itu juga saya terpaksa menahan rasa pahit tatkala minum herba2 yg terdiri dr akar kayu cina pada setiap hari.











oh ya lupa nk cerita kos perubatan keseluruhan utk rawatan selama sebulan 2 minggu adalah lebih kurang RM1,500+++..dan akhirnya saya dapat kembali wajah asal saya dan dikurniakan anak yang chomey..thx alot to Master Leong and his team..









11 comments:

  1. salam...seronok & bersemangat membaca kes sis pasal sakit bell palsy. saya br menghidap sakit ini...sebulan selepas melahirkan anak sulung pd 27 nov 2010. skrg saya dlm proses memulihkan sakit tersebut. bley share usaha & pengalaman sis pd saya. pls email: isy202@gmail.com atau add saya d facebook: yasmin suzanna.

    ReplyDelete
  2. Salam, thanks for sharing...can I have Ur email address..nak Tanya pengalaman u menghadapi bell's palsy..sepanjang buat acupuncture , u makan x ubat dr yg prednisolone..hope to hear from u soon ..tq dear. My emai add: saris ah@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Sorry my add email: saeishah@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Kena masa pregnant 9bulan. Sampai skrg tak baik2. Dah setahun setengah. :'( :'( :'(

    ReplyDelete
  5. salam,thanx for sharing ur pengalaman...so,saya boleh share with my patient..

    ReplyDelete
  6. Boleh bg nama klinik tu and kat mana tak?saya baru dpat bells palsy...

    ReplyDelete
  7. pusat rawatan Thetole

    ----> http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

    ReplyDelete
  8. mengenai rawatan Cerebral Palsy
    ---> http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/CPCerebralPalsyTreatmentCure.html

    Segala pertanyaan berkaitan dengan pelbagai penyakit boleh dibuat disini ---> http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/soalan.html

    ReplyDelete
  9. Boleh dapat kan contact no n alamat rawatan master lelong n? Plzzz tq

    ReplyDelete
  10. orang sekeliling saya pun ada yang alami bell palsy...
    rata2 yg kena masih muda & amalkan hidup yg sihat....
    memang risau sungguh rasanya...

    Bell Palsy: Strok Di Bahagian Muka Yang Siapa-Siapa Pun Boleh Kena. Wajib Ambil Tahu! | Diari Mama

    ReplyDelete
  11. Salam boleh bg alamat penuh tempat rawatan tu tak? Tq

    ReplyDelete