Monday, September 7, 2009

tak sihat!

sindrom selsema dan bersin2 saya sudah menyerang kembali.sudah 3 hari saya diserang dengan jangkitan itu..letih mulut asyik nk mengangga bersin.sakit kepala juga bagaikan kawan baik yang sangat setia menemankan cik selsema dan cik bersin yg budiman..wek!

ini bermakna sudah 3 hari juga saya tidak dapat merasa makanan yang enak2 di lidah,tidak dapat mencium bau anak saya yang masam (bila dia bangun dari tido_i like that smell!),tidak dapat tido kerana hidung tersumbat,tidak dapat fokus untuk buat kerja di opis kerana sakit kepala,badan saya jadi letih dan tidak bertenaga,pemanduan saya ke tempat kerja juga kurang lancar..

sindrom ini bermula dari en atek.dia yg bawa sindrom ni ke rumah.pelbagai usaha en atek utk meredakan sindrom tersebut tetapi usahanya kureng berjaya sehingga kini en atek masih mengalami sindrom tersebut dan sayalah mangsa yang seterusnya.naik rimas dengan hidung yg asyik berair..help!

saya berusaha utk tidak melebarkan sayap jangkitan ini ke anak saya..hopefully semuanya akan sembuh seperti biasa.

No comments:

Post a Comment