Tuesday, September 8, 2009

Solat

Seorang rakan telah meng-forwardkan email kepada saya :

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin),
seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke
dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari
mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam
sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam
sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.


Moral : Tunai Solat walau di mana berada.

No comments:

Post a Comment