Sunday, August 16, 2009

btn di langkawi

2 minggu yg lepas,saya telah berkampung selama 6 hari di kem bina ulu melaka di langkawi bermula 5hb ogos 2009 till 11hb ogos 2009 atas kerana menghadiri kursus BTN yang diwajibkan kepada semua kakitgn awam di seluruh malaysia termasuklah diri saya.kalau ikutkan hati mmg malas ke sana tpi sekular telah keluar mengatakan kursus tersebut adalah WAJIB..jd terpaksa juga saya berangkat tinggalkan si kecil bersama ayahnya.

kursus berjalan dengan lancar dan saya sgt gumbira kerana berjumpa dan berkenal-lenalan dengan kawan2 baru i.e. kak anom, kak wa, ana, yus, zeti, enab, maz, asiah, as, kak hailee etc..seronok bukn kepalang bila dapat kengkawan baru..tiba2 lupa pasal rindu pd si kecik sekejap.

aktiviti kursus sgt pack.mula buka mata 5.30am hingga lewat mlm till 12.00pm baru rehat.tido?mmg x cukup tido..sehinggakan jika mahu berjalan ke surau utk solat subuh aku dan kak anom akan berpegang tgn kerana takut jatuh tergolek dalam parit besar berhampiran surau..hahahhha!kami berdua pasti tergelak sakan apabila melalui jalan tersebut.akan keluarlah juga andaian dan bayangan yang direka dari kami berdua bagi mengelakkan mata kami sama2 tertutup ketika berjalan ke surau.(im gonna miss that moment especially kak anom!damn!)

mcm2 aktiviti yang perlu kami lakukan sepanjang berkursus i.e. ceramah, mkn, kawad, jungle tracking, mkn lagi, LDK, taklimat etc..letih mmg letih tp puas hati.at last saya dtg juga ke BTN nih.

hari terakhir kami diakhiri dgn peperiksaan.semua soalan berkaitan dengan hal ehwal negara.bila dengar exam, saya terus koma.satu badan akan mengalami renjatan elektrik jantung berdegup laju,dada berdebar2,apa yang saya buat semua x kena mkn x lalu mandi x basah..fobia! mmm..mcm2..mlm terakhir kengkawan sebilik masing2 sibuk meng-scan buku nota yang dibekalkan oleh urusetia termasuk aku.cara scan?letak saja buku nota tuh bawah bantal lalu letakkan pula kepala utnuk tido..pasti semua maklumat akan terpancul dalam mimpi2 anda semua..cubalah mmg berkesan!

exam juga berjalan dgn lancar dan tamat 1 1/2jam kemudian..jawapan?ntah la..ntah betul ntah tidak.keputusan akan dikeluarkan 3 bulan selepas hari tamat kursus.mm..mmg lame.hopefully semuanya ok.

hari terakhir di sana muka kengkawan termasuk aku happy semacam.ada yg dari mula masuk kursus xpenah senyum tiba2 meleret ketawa,ada yg pd hari pertama dtg kursus jarang2 bercakap tiba2 jadi petah berckp ada je citernyer..ada jugak yg dari mula sampai hari terakhir x abis2 ckp x abis2 senyum x abis2 ketawa..pon ada!aku?maintain!

ada juga rsa sedey kerana berpisah dgn kwn2 yg best dn sporting.mrk semua org yg baguih2,cendekiawan,hebat2..aku solute kt hangpa!

anyway,for those friends who are attended n joined BTN course, i'm wanna wish all of u good luck in what ever u do and nice knowing u all.









No comments:

Post a Comment