Sunday, July 12, 2009

tandatangan

bos saya pernah bercerita dengan saya..

dia pernah memiliki seorang staff yang kerjanya setiap hari menandatangani geran tanah tak kiralah milik individu ker tanah milik industri ker tanah utk pertanian ker..kerja tandatangan geran itu dari beliau mula masuk kerja berlanjutan sehingga beberapa puluh tahun hingga pada satu hari yang indah..beliau hendak memulakan tandatangannye yang pertama pada hari itu,tiba2 tangannyer menjadi kaku dan keras..beliau tidak boleh lagi menandatangani surat geran tanah tersebut dan setiap kali menghadiri mesyuarat beliau terpaksa melantik seorang rakan lain utk mencatit minit mesyuarat bagi pihak beliau..kesian!dan kekerasan dan kekakuan tangan beliau tersebut berlanjutan sehingga beliau meninggal dunia..

suddenly,sya jadi stone dan terdiam!mmmm???

kuala klawang / jelebu

pada hari ahad lepas bersamaan 12hb julai 2009,saya bersama enchek atek dan caca telah pergi menghadiri ke majlis perkahwinan sahabat saya LILY di kuala klawang/jelebu, negeri sembilan. tema pakaian kami sekeluarga adalah putih dan biru..termasuk caca..seawal jam 10 pagi kami bertolak dari rumah dan berhenti minum pagi di RnR Dengkil. gambar di bawah ni adalah menu pagi kami..enchek atek ckp jgn mkn byk2 sbb nanti nak g mkn kenduri..rugi!!


ini gamba caca..dia tgh tgk budak2 kecik sebaya dia sedang main di playground yg berdekatan..(dlm hati caca : ibu nk main ble x??)

selepas 10-15 minit berehat, kami meneruskan perjalanan ke kuala klawang/jelebu..enchek atek ckp kena pegi cepat takut nasi kenduri dah habis..sepanjang perjalanan kami ke kuala klawang, enchek atek sedang asyik bercerita tentang pengalaman pertamanya menghadiri perhimpunan tabligh terbesar seluruh dunia di masjid kuarters klia,sepang semalam..manakala caca asyik ttiiddoooo sepanjang jln..aku?jd mangsa keadaan sekeliling..



ini merupakan jalan utama untuk ke kuala klawang/jelebu..tiba2 saya terlihat di satu sudut bukit di sepanjang jln tu ada sign :'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'..hati saya terus terdetik..adakah kita masih mengamalkan budi pekerti yang mulia sesama kita?masih adakah nilai2 murni di dalam diri kita?masih adakah jiwa muda yang menghormati orang yang lebih tua?etc..






yang ini pula driver saya yang setia membawa saya dan caca berjalan2..terima kaseh enchek atek yang budiman



dan..akhirnya kami sampai di kuala klawang dan terlihat signboard serta banner (iye ke banner..saya x sure)majlis perkahwinan sahabat saya..




ngam2 sampai, caca pon bgn dari tido..terus saya snap gmbar dia..muka stone tp muka ibu maintain cun!



jln masuk rumah lily kecil dan banyak kenderaan keluar masuk terpaksa bergilir2 termasuk kereta kami..



alhamdulilah sampai juga akhirnya..setibanya di sana kami makan dan lepak sebentar meninjau2 kawasan sekeliling rumah sahabat saya yang lebih ke suasana kampung (i like!) manakala caca sibuk meninjau2 kerusi utk disusun di dalam kawasan khemah tersebut..




selepas berehat lebih kurang 30 minit,sebelum pulang saya tidak melepaskan peluang yang ada untuk bergambar dgn lily dan suaminyer..tahniah buat lily dan saya doakan semoga perkahwinan kalian berdua akan kekal hingga akhir hayat..tgklah caca tu sibuk dgn 2 bakul surveniour yang kami terima dari pihak pengantin..terima kasih puan lily..





jam 3.30 petang kami pulang dengan hati riang kerana perut sudah kenyang (wah mcm cerita sang kancil sang buaya pulak..)



perjalanan balik sama dengan perjalanan pergi, sepanjang pulang saya amat tertarik dengan satu rumah banglo yang sangat2 besar dan gah berada di tepi jalan suddenly, terdetik perasaan ingin tahu siapa empunya rumah tersebut..apalah kerja owner rumah tuu..enchek atek ckp ntah2 berhantu tak?mmm???alamak!




tiba di rumah dekat nak maghrib..saya dan caca tetap maintain senyum bergambar..enchek atek?penat dan lenguh kaki selepas drive lame..kesian atek!



sekian dulu cerita saya pada kali ini..daaa..

Monday, July 6, 2009



ini gmbr papan tanda yang saya jumpa di tepi pekan pantai Port Dickson..signboard itu sendiri yang membuatkan orang lagi tak paham..

Sunday, July 5, 2009

respectlah pada ibubapa..

seseorang pernah berkata pada saya :"kalau kita mahu orang menghormati kita terlebih dahulu kita mesti hormat pada orang itu".how's that sound?adakah kita perlu senantiasa tunduk tangan hulur ke bawah ketika berjalan di hadapan orang tanda respek kita pada orang itu?adakah kita perlu selalu mengangkat tgn sambil tersenyum sebagai tanda hello pada orang itu?@ kita perlu selalu mengucapkan "selamat pagi,selamat tengahari,selamat malam,good bye,terima kasih,arigatogozaimas,minta maaf tumpang lalu,minta maaf kerna saya melukakan hati awak.."?apakah sebenarnya erti respek/hormat/penghormatan?

kepada siapa pula respek yg perlu kita lakukan pada 'orang' yang saya maksudkn itu tadi?diri sendiri?ibu bapa?sahabat handai?sedara mare?orang perseorangan?haiwan peliharaan?tumbuh tumbuhan?barangan kesayangan?

dan..
apakah faktor utama yang membuatkan kita perlu respek pada seseorang itu?adakah kerna kita kena respek maruah diri orang itu?harga diri?(maruah = harga,but i love to said it both)

seseorg juga pernah berkata di hadapan saya :"tolong jgn samakan hidup saya dengan hidup mak..hidup mak lain dari saya..."(sambil menunding jari kepada ibunya).what's that means?how could she talk like that to her mother?omaigod! apabila saya terdengar kata2 itu,suddenly hati saya jadi down,kecewa,hancur kerna saya juga memiliki anak dan saya cukup khuatir jika anak saya juga begitu..mengapa semua itu boleh keluar dari mulut seorang anak yang baru setahun jagung hidup di dunia ni berbanding harga diri,maruah,jasa dan pengorbanan ibu yang melahirkan dia..ya allah!adakah filem "Si Tanggang" versi milinium 2020 sudah kembali?apakah pula perasaan si ibu yang mendengar kata2 dari anaknya itu?tidak kah cukup ajaran agama baik rohani dan jasmani yang diberikan kepada anak tersebut?di manakah nilai2 murni yang sepatutnya kita berikan kepada ibu bapa kita?di manakah pula rasa tunduk hormat si anak kepa ibunya?di manakah letaknya kedudukan ibunya di dlm dirinya?(nabi muhammad saw sendiri meletakkan kedudukan ibu baginda adalah yang teratas sekali..tetapi kenapa tidak anak tersebut?)tidakkah dia takut dengan hukuman yang bakal diterima dari Tuhan?saya cukup percaya dan pasti Allah itu maha adil dan lagi bijaksana untuk menentukan baik dan buruk sesuatu perkara itu.saya cukup kagum melihat si ibu tabah dan sabar menangani masalah tersebut tetapi saya tidak tahu naluri hati ibu itu.nauzubillah!

saya sentiasa ingin menjadi seorang anak yang taat kepada mak dan abah saya.saya amat bersyukur kerana memiliki mak dan abah yang sangat-sangat-sangat baik (i mean it!),terima kasih kepada mak kerna melahirkan saya di dunia ini..terima kasih kepada abah kerana mendidik saya dan adik beradik yang lain dengan ilmu2 yang tidak akan saya dapat dari silibus2 sekolah @ dari ibu bapa yang lain.saya cukup berbangga kerana memiliki anda berdua.mak dan abah tidak pernah mengatakan tidak kepada kami adik beradik walau penat sekali pun mak abah tetap melayan kerenah kami adik beradik...(tibaa2 saya menjadi pilluuu)saya tidak mahu menjadi anak tanggang!saya mahu cium syurga!saya sangat-sangat sayang pada mak dan abah!!

Thursday, July 2, 2009

buah hati kesayangan pertama saya




ini caca buah hati kesayangan saya yang pertama : kami baru lepas mkn malam di batu belah malam tadi..susah betul nk amik gamabr dia asyik pusing2 kepala je..

saya seorang yang kecik

saya tak suka membaca.suami saya selalu menjadi mangsa jadi pembaca berita untuk saya.setiap helaian kertas di dada akhbar dan buku pasti dia akan bacakan untuk saya.terima kasih encek atek.

TAPI saya suka mengira.saya suka subject add maths+chemical+physics+etc (yg melibatkan matematik dan nombor).suami saya selalu kalah dgn saya kalau bab kira mengira secara conggak.

saya tak pandai menulis/mengarang.saya tahu punca utamanya.saya rasa sebab saya mmg seorang yang tak suka membaca.oleh itu saya selalu ada masalah untuk mengarang surat @ cerita.

TAPI saya suka menghafal tulisan2/huruf2 yang ada di mana2.mungkin sbb dulu saya sekolah agama jadi ustaz dan ustazah memaksa kami untuk menghafal ayat2 dlm bahasa arab spt bahasa arab komunikasi,ayat hadis,syariah etc untuk lulus dalam peperiksaan.

kesimpulannya : saya sedang mencuba untuk enjoy membuat perkara2 yang saya tak suka.dan saya masih mencuba mengeluarkan idea2 yang kreatif utk saya menulis di dalam blog ini.moga2 anda semua tidak bosan membaca blog saya yang haru ni..
terima kaseh encek2,chek2,puan2,tuan2 yang sudi membaca saya.

semangat dari si rosli

lately sya tersangat siibbuukk bukan menyebuk tapi sibuk dgn keja seperti
1. menyediakan minit mesyuarat APPC 2009 (next week ada lagi meeting),
2. kerja di site juga sudah bermula (blom satu pun sya keluar menjengah tengok keadaan kerja di site tapi hari-hari claim mailage..huhu! jgn bgtau cc abis claim saya nanti kena potong),
3. aduan2 yang perlu saya jawab dari orang kampung,YB etc,
4. saya sudah ada kabinet baru tapi belum sempat untuk dikemas fail2 yang ada dalam biik saya,
5. menjawab ulasan surat application dari konsultan juga blom sempat saya nak kira hydraulic reportnya utk buat highway,
6. membuat laporan bertulis kepada surat khabar SINAR tentang masalah si muara sg sembilang,
7. menghantar laporan bergambar kepada siti saemah budak BPSP(sorry ct nama awak terpaksa saya post kn dlm blog saya..kerna saya geraamm dgn awak, awak selalu kol saya tanya bila nak antar laporan saya dah bosan dengar benda tuh tp saya blom bosan dgn awak lagi, jgn risau yee)tntg senarai jalan ladang yang perlu dilaksanakan untuk projek RMK10,
..apa yang perlu saya lakukan??mcm2 kerja saya kena buat..tapi mereka membayar gaji saya tidak setimpal dgn kerja yang saya buat..tidakkk!!tapi saya selalu memujuk hati saya bahawasanya hari2 saya ke tempat kerja kerana Allah Taala..saya selalu happpy lepas saya cakap mcm tuh!

walaubagaimanapun saya tetap ada masa untuk menulis dalam blog ini..kerna saya menganggap menulis blog umpama melepaskan rasa penat lelah,tensen,marah,suka,sedih,nyampah dan sebagainya.

saya selalu mengganggap apa yang saya buat semua tu boleh memberi saya ilmu dan pengalaman juga saya cukup suka mengejar ilmu.mungkin betul cakap si rosli (PRA opis saya.saya cukup kagum dgn bacaan al-quran dia,suaranya merdu dan mendayu2)lagi 10 tahun kerjaya saya akan meningkat naik dan kerja yang baik..insyaallah!aminn!!

selepas saya mendengar kata2 dari rosli,suddenly saya rasa ada 1 perasaan semangat yang meluap2 naik sampai kepala..hihihi..agaknya si rosli saja nak uji saya kot..

tapi saya cukup suka kata-kata si rosli..awk telah menaikkan semangat saya untuk terus bekerja dan belajar untuk capai kejayaan yang saya impi2kan..terima kasih encek rosli yang budiman..