Wednesday, July 28, 2010

soalan & jawapan

1: 1st time naik kapal terbang ??


- tahun 1997, masa tu sedang belajar di IKM Sungai Petani Kedah. Naik kapal terbang sebab itu adalah last choice untuk balik raya..tiket bas sudah habis jadi mintak jasa kakak untuk booked tiket kapal terbang. Naik dari Bayan Lepas Airport, Penang dan departed di Subang Aiport..masa tu KLIA dengan LCCT belum wujud lagi.


2: 1st time bersalin ??

- 8hb mac 2008 waktu tu bersalinkan marissa amany.


3: 1st time gi overseas ??

- Melancong dan mengabihkan duit di Gold Coast, Australia pada bulan Mac 2009.



4: 1st time duduk jauh dari family ??

- tahun 1996 waktu tu sambung belajar di Sungai Petani, Kedah.



5: 1st time kerja??

- tahun 1998 lepas habis belajar, kerja sebagai draughtperson di syarikat konsultant..gaji pun masa tu baru RM500.00 cukup 3 bulan kompom dapatlah gaji RM550.00 sebulan..syukur! (kira dah banyaklah tu)



6: 1st time rasa diri gemok ??

- masa belajar di IKMSP waktu tu berat badan mencecah 56kg..memang gua montel giler!!apa tak montel, tiap-tiap hari makan nasi lemak sampai 2 bungkus!!


7: 1st time bercinta ??

- hahahaha..ini soalan yang malas nak jawab. Tapi oleh kerana interviewer nak tahu jugak, apa boleh buat..bercinta? hurmm..tahun 1994 kot..masa tu baru Form 4,bukanlah bercinta tapi sebenarnya baru berkenalan dengan kawan-kawan lelaki. Tapi gua tak kahwin pun dengan mamat yang gua kenal masa Form 4 tu..tak ngam! macam tak boleh nak feeling2 pulak dengan dia..lupakan! gua lagi senang feeling2 dengan mr. orang rumah gua yang sporting morting tu! (lu bila nak ajak gua shopping??)


8:- 1st time diri cantik ??

- Hari2 perasan cantik....hahahaha! (hidung gua makin kembang-kembang dan kembang!!)


9:- 1st time masuk cinema ??

- aku tak ingat..rasa2nya Form 4 kot tengok sembilu 1 kat capital klang dengan kakak aku memang rare! tapi cinema tu dah tak ada tak tau dah jadi apa la ni..



10:- 1st time admitted in hospital ??

- Ada sekali masuk SALAM Medical Center di Seksyen 19, Shah Alam. Gua admitted sampai 4 hari macam pergi honeymoon je. Kenapa?sebab demam panas dan paru2 berkuman waktu tu sedang bekerja dengan syarikat swasta..kerja bagai nak rak sampai kesihatan tak jaga..gua dulu workaholic beb tapi la ni shophaholic!hihi..itu adalah terapi untuk gua.


11: Pilihan hati ??

- Ni nak pilih pasal apa lagi ni? gua rasa gua dah tak ada pilihan hati ni sebab gua not available but gua single..ngeeh! Kalo pasal pilih kawan, gua ikut instinct and chemistry. Kalo hensem & cun bagai tapi takleh nak 'klik'...mmg gua tak leh nak masukkkk!

terapi

mahu pergi terapi << SHOPPING!! >>

Tuesday, July 27, 2010

julai yang panjang

julai yang panjang..
yang sibuk
yang paling sibuk
dan paling double triple siibukk
yang banyak benda nak dibuat
yang paling banyak event kena involved
ooo julaii...
julaiii..
mengapa mesti julai
huhuhu!!!
mahu meraunggg!!!

kursus

hari 1 : bosan
hari 2 : boleh tahan lagi walau macam ada sikit rasa bosan
hari 3 : happy yang amat sebab dah habis!!

Tuesday, July 20, 2010

alone

lama tak menulis blog tercinta
maaf kerna meninggalkan kamu sudah sekian lama
sana sini bertambah sawang dan pawang
cerita banyak terbuku di minda cuma masa tak izin
hari ini cuba untuk hurai segala isi buku yang ada

minggu ini adalah minggu berseorangan
bukan seorang diri tapi masih ada yang meneman
sapa lagi kalau bukan si jantung hati - caca
mr. orang rumah outstation, never mind itu sudah kerja
cuma harapan pandai membawa diri

minggu ini juga adalah minggu yang sibuk
bukti kukuh ada dalam blog ini
sawang dan pawang merata
sibuk dengan urusan kerja di pejabat dan tapak
keduanya sangat penting
aduan jangan cerita..lagi bertambah
permohonan juga melimpah
fail disusun bagai mahu jatuh ke bawah
tak apa sudah lumrah bekerja
tak payah cerita lagi
nanti orang bosan dengan cerita kosong ini

hari ini macam emo-emo
tak tahu kenapa
dari pagi sampai sekarang masih terasa
mungkin kurang tidur atau banyak perkara yang difikirkan
kejap lagi mungkin sudah kurang
sudah sampai untuk sambung kerjaan
sekian.