Wednesday, January 27, 2010

visitors from UK

hari selasa tempohari aku dikejutkan dengan kedatangan 2 orang visitor dari UK. oleh kerana kesibukan yang amat sangat bos mengarahkan aku untuk entertain 2 orang mat salleh ni meronda-ronda kawasan pengairan di tanjung karang / sabak bernam dan saliran kuala selangor.

hari pertama kunjungan dia ke sini disambut dengan membawanya melawat ke kawasan pengairan. apa yang memeranjatkan aku adalah mat salleh yang dipanggil ' mr. brown' pernah menjadi district engineer semasa tahun 50an lagi dan menjaga daerah pengairan kuala selangor dan tanjung karang pada masa itu. dan yang bertambah terperanjat tu umur dia sekarang sudah menjangkau 88 tahun tetapi tubuh masih lagi bertenaga. ingatan nya terhadap sejarah kuala selangor dan tanjung karang pada masa lalu masih segar dan beliau boleh mengingati beberapa nama jalan yang ada di dalam kawasan pengairan tanjung karang walaupun beliau sudah meninggalkan malaysia sudah hampir 50 tahun..fuh! impossible tuh..aku yang sedang bekerja di sini pun masih terkial-kial nak cuba mengingati jalan-jalan yang ada di dalam daerah kuala ni..wa solute kat lu la en. brown!


hari kedua kami (aku dan officemates) membawa en. brown meronda ke taman alam kuala selangor..walaupun sudah hampir 5 tahun bekerja di kuala baru kali ni aku menjejakkan kaki ke taman alam yang berada kira-kira 300m dari pejabat aku bekerja. aii..tak patut betul. mujur ketika itu ada seorang tenaga pengajar dari taman alam itu sendiri datang dan memberi info2 yang lebih terperinci tentang taman alam tersebut. waktu tu aku dah urut dada sebab tak perlu la nak kelentong pasal tempat tu.

kami berjalan kaki di dalam taman tersebut hampir 3 jam mengelilingi 'ring bund' dan jeti tempat memancing yang ada dalam taman tu. letih macam nak pengsan! suasana dalam taman tersebut sangat sunyi dan damai..serius beb! kalau ada pun bunyi burung2, monyet2, unggas2 dan macam2 lagilah..sepanjang berjalan di dalam taman alam tu aku tak habis-habis memberitahu officemates aku, inilah pengalaman pertama aku jejak kaki kat taman alam ni..macam tak percaya!



kami menyusuri jambatan gantung, titi kecil, benteng dan lain-lain hingga menembusi jalan yang dikelilingi hutan simpan. aku tengok en. brown tu rileks and steady jer. paling tak boleh blah 2 orang mat salleh ni pantang nampak monyet asyik nak bergambar je..siap cakap monyet2 tu cute lagi. aku kat belakang dah ketawa terbahak-bahak tengok gelagat diorang tuh. apalah en. brown, monyet yang comot tu pun cute ker?alahai..


setibanya di dataran taman alam, isteri en. brown mencari buku tentang rama-rama sebab tadi waktu berjalan dalam hutan dia ternampak rama-rama terbang dan hinggap atas topi suami dia..apa lagi dia pun asyik bercerita pasal rama-ramala pada kami..tetapi stok buku rama-rama sudah habis jadi dia hanya dapat buku pasal ulat-ulat..hurm! omputih ni memang suka menyelidik kan..kalau kita ni buat tak tahu jela..tak sensitif langsung pasal alam flora dan fauna ni..

oklah lepas round2, kena gigit nyamuk, kaki kotor main lumpur, perfume yang pagi tadi sembur yang dah bertukar bau belacan tu kami meneruskan itineary kami dengan mendaki bukit melawati untuk makan tengahari. menu lunch kali ni adalah chicken chop, nasi goreng, bihun goreng dan cengkodok udang. ordered by my staff yang tak boleh blah tu..order ntah pape ntah tak matching langsung..tapi aku tengok en. brown dan isteri melantak je apa yang terhidang hingga habis dan dia bagitahu pada kami dia dan isteri paling suka makan sambal belacan..fuh!hebat omputih ni..tekak melayu! lastly dia mengucapkan berbanyak terima kasih pada kami kerana melayan, menemankan dia hingga program habis.

habis lunch, aku terus balik office sebab menghabiskan report yang belum siap dan lawatan di take over dengan officemates yang lain. sesiapa yang berminat dengan bunyi-bunyian seperti di dalam hutan dan rimba boleh la datang ke taman alam kuala selangor. banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berbasikal, memancing, joging dsb. sekian!


Thursday, January 21, 2010

menci.menci.


mencilah.

minggu yang panjang.

2 minggu yang lepas pun panjang.

banyak sesanggat kerjaan yang kena dibuat.

menci.mencilah.

bila masuk hari yang baru pasti ada kerja baru.

bila nak habis?

kenapa orang lain releks je?

boleh lagi layan sembang.ngumpat.ngular.FB.friendster?

sekarang sedang menikmati biskut kering cecah milo panas.



seronok tengok lubang idung dan anak tekak
yang besar bila sedang emo-emo ni.

Tuesday, January 5, 2010

pakar kesihatan cakap...

Info Sihat 1 : Kesesakan Lalulintas Tingkatkan Serangan Jantung
Risiko serangan jantung akan menjadi 3 kali ganda lebih tinggi ketika anda terperangkap dalam kesesakan lali lintas selama satu jam. Tambahan, udara tercemar yang dihasilkan daripada kereta-kereta sewaktu tersangkut dalam kesesakan menyebabkan wanita, lelaki tua, pesakit yang tidak memiliki pekerjaan dan individu yang memiliki sejarah serangan jantung paling berisiko terkena serangan jantung.


Info Sihat 2 : Daging Merah Boleh Sebabkan Buta
Memakan terlalu banyak daging merah boleh menyebabkan anda berisiko mengalami buta. Ini kerana kajian mendapati individu yang menikmati lebih daripada 10 hidangan daging lembu, kambing atau babi seminggu berisiko sehingga 50% diserang masalah buta berbanding mereka yang tidak memakan nya. Bagaimanapun, risiko tersebut boleh direndahkan sehingga separuh sekiranya anda makan ayam 3 kali seminggu.



Info Sihat 3 : Bekerja Lewat Malam Lemahkan Jantung
Individu yang kerap bekerja malam boleh mengalami perubahan hormon dan metabolik dalam tubuh yang meninggikan risiko obesiti, diabetes dan serangan jantung. Ia dipercayai berpunca daripada perhubungan antara masa jaga dan tabiat pemakanan yang tidak seiring dikenali sebagai ritma sirkadian.

Monday, January 4, 2010

7 perkara jangan dilakukan selepas makan

apakah tabiat yang sering anda lakukan selepas makan?apa yang kita lakukan selepas makan sebenarnya banyak mempengaruhi diet dan sistem pencernaan tubuh kita. Jika anda sering mengamalkan perkara di bawah, cuba hentikan dari sekarang.

1. makan buah
ramai yang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini salah kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan, akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.

2. minum teh
asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan segera mengeras. Seterusnya makanan tersebut sukar untuk dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih sahaja.


3. mandi
sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di kawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.


4. banyak berjalan
jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.

5. tidur
sikap anda yang gemar terus tidur sebaik sahaja makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarakkan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau dua jam.

6. merokok
berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Justeru, langkah terbaik ialah berhenti merokok.

7. bersenam
bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.

smart tag

1.Anda rasa anda hot?
Eh mana tau ni. I hot lah jugak, hot temper!huhu..


2.Upload gambar kegemaran anda



3.kenapa anda suka gambar itu?
Gambar ni snap sendiri time tengah drive balik dari kerja. Ermm, tak lah kegemaran sangat gambar ni, cuma tadi tengok rasa nak upload.


4.Bila kali terakhir anda makan pizza?
Hurm..bila ye?tak ingat la adala makan jugak baru2 ni tapi tak ingat bila takdela lama mana pun.


5.Lagu terakhir yang anda dengar.
Two Is Better Than One. ya saya sedang menggilai lagu itu.lalala!


6.Apakah yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Nak sambung buat kerja – menjawab surat aduan, membuat claim mailage, membuat laporan kerja tahunan 2009 dan skt utk 2010 (boleh habis ke 1 hari??)


7.Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dgn nama apa?
kalau di rumah, adik-beradik panggil ‘kakcik’, bila di pejabat gelaran rasmi adalah ‘puan sri’ (nama saya pun bermula dengan sri), kawan-kawan belajar ada yang panggil ‘yan,yanty’..tapi nama yang paling saya suka adalah ‘kakcik’.


8. tag lagi 3 orang dengan hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan. sila lakukan kalau tak kena denda mandatori.
1. AJUA EIYOEI
2. SRIHANY SAMSURI
3. NORZAIZAELYAWATI


9. Sape no.1 kpd anda?
Dialah TEMAN yang sangat disayangi, sangat memahami, caring, penyayang tapi saya tak sanggup dengar dengkuran en. suami sepanjang malam jangan marah ye! ;)


10. Bagaimana plak dgn no.2?
Kakak saya yang sedang sarat mengandung. Minta maaf banyak2 kali ini sebab tak dapat nak derma darah untuk kelahiran yang ke 4 tu sebab berat ai tak mencapai syarat minimum pun..huhu!


11. Kata sesuatu berkenaan dengan org no.3?
Hidup memang penuh dugaan. Aku tau kau tabah. Tolong jangan putus asa.