Friday, July 31, 2009

serba salah

en ajua ckp lebih kurang mcm nih..

ajua : x kesian ke kt caca nti ibu gi langkawi?
aku : npe plak?
ajua : iyelah caca kan selalu tdo dgn ibu,main dgn ibu..pegi langkawi tuh lama tuh..
aku : (serba salah) tgklah mcmner kalu x ada tiket fly xyah pegi.ayah x bg ibu g ye.
ajua : x lah klu nk pgi jugak xpelah.
aku : (angguk2 mcm paham tp angguk2 pon dia xnmpk sbb ckp dlm phone)

last2 aku jd stone!mmm..blur!

BTN

akhirnya surat dari biro tatanegara telah sampai ke tangan saya.

"Sebagai memenuhi syarat PTK 1 di bawah SSM,tuan/puan adalah diwajibkan menghadiri kursus tersebut pada 5hb Ogos - 9hb Ogos 2009 di KBN Langkawi"

TTIIDDAAAKKK!!!langkawi??aduss..caca?(i'm gonna miss u!damn!)

Wednesday, July 29, 2009

bola

mlm minggu lalu kami sekeluarga pegi tgk perlawanan bola sepak antara selangor vs pahang kt stadium shah alam.aku bawak caca sekali mlm tuh.minah tu xpenah pegi stadium ini pengalaman pertama dia ke stadium.dalam stadium caca xduduk diam.asyik nk memanjat kerusi2 yg lebih kurang tinggi caca.bila org dah ramai baru dia dok senyap.

adik2 aku pon ikut serta ke stadium termasuk ita (xde dlm gmbr).mlm tu je selangor dh rembat 5 dan pahang cuma dpt 1.okla tu dari xdpt pape..kuikuikui..









check up

smlm 29.7 bawak marissa check up petang pukul 3pm.sampai klinik.
nurse panggil nama marissa pastu bawak dia gi jumpa nurse tu.
nurse tunjuk kat tempat timbang berat.
aku tanggalkan kasut caca pastu tnye nurse nak buka baju caca x?
nurse ckp tk pyah.
aku letak caca atas penimbang.
nurse tengok lama pastu kata ok dah pasni gi bilik no. 7.
baek!
sblm tuh tgk apa yg nurse tu tulis..
berat caca cuma 9.2kg je.
aduss aku susah hati.
aku tgk caca pon makin kurus.
bila semua dah selesai balik rumah aku terus masak utk caca.
tp dia x nk mkn lg asyik nk main.
aku biar dulu lelama baru nak makan..
dan akhirnya dia habiskn mknan yg aku masak tu.
aku jd happy dan semangat nk masak kan lagi tuk caca.

menu utk ari ni :sup makaroni..yummy!

marissa bersama rabbit

hujung minggu yang lalu saya membawa si kecil ke taman rabbit.bukan main sonok lagi dia dengan mr rabbit.









Tuesday, July 21, 2009

lagu sekolah

Belajar dan tekun berusaha
Mencapai cita jaya
Agar hidup kita sempurna
Itulah ikrar mulia

Pembelajaran yang guru beri
Taat pada Ilahi
Undang-undang kami patuhi
Itulah ikrar kami

Sekolah Sungai Binjai sekolah kami
Tempat ilmu dicari
Rukun negara pegangan kami
Guru-guru dihormati

Mari kita jayakan bersama
Cita-cita negara
Menjadi rakyat yang berguna
Untuk nusa dan bangsa

p/s : saya sudah dapat lirik lagu sekolah rendah saya dari ketua pengawas sekolah sksb tahun 1990..hahahha..en idin yg budiman terima kasih kerna mengingatkan kami semua lirik dan memori sekolah rendah sksb yg tercinta!..

Sunday, July 19, 2009

kenangan di gold coast australia

tiba2 hati jadi kangen dengan saat2 indah ketika bercuti di gold coast, australia yang lalu pada 28th mar 09-2nd apr 09..sonok tidak terhingga.dlm hati kata nak ke situ lagi satu hari nanti dan yg pasti waktu itu tiada H1N1.insyaallah!.sedaya upaya saya meng-upload beberapa keping gmbr kenangan kami ketika berada di sana..

































































Thursday, July 16, 2009

apa cita2 caca?



penat??

semalam hari penat..
hari ni 17.7.2009 x tau lg hari penat @ x
mungkin akan jadi hari penat juga..

tapii..
yang pasti minggu depan isnin 20.7.2009
mungkin akan jadi hari yang betul2 penat..

eksiden

pagi tadi on the way saya ke tempat kerja melalui jalan persekutuan kapar ke kuala selangor (kerana opis saya berada di kuala selangor),sya bertembung dengan satu eksiden ngeri di mana terdapat sebuah lori terbalik di tengah2 jalan persekutuan tersebut menyebabkan hanya tingga satu lorong sahaja yang boleh dilalui oleh kenderaan lain. Tapi tidak kelihatan pulak pemandu @ sesiapa pun yg berada di dalam lori tersebut. Saya rasa kemungkinan besar kejadian terbabit berlaku awal pagi tadi seawal jam 6-7 pagi..mungkin juga eksiden itu berlaku disebabkan oleh tayar bocor/meletup sbb saya merujuk kepada kesan2 yang terdapat di jalan ada serpihan tayar.(wahh..mcm agen CSI pulak) saya juga x berapa pasti apa yg dibawa oleh pemandu lori tersebut..

tgk la gmbr kt bawah ni..ngeri kan..nasib baik abg polis dtg membantu..(apa yang penting....???kerjasamaaa..wonderpet2 datang membantu...lalalalala~)



gmbr yg satu lg ni gmbr dekat yg menunjukkan bahagian bawah lori yg sudah terbalik..(tp gmbr x bape clear sbb waktu ni sya sedang memandu..amik mane dann jer)



sepanjang perhatian saya yang hari2 kena melalui jalan persekutuan tersebut (kerana saya mmg bekerja di kuala selangor),saya dapati bulan 7 ni sahaja sudah ada 3-4 eksiden yang melibatkan lori2 dan bas2..(semua kenderaan besar2)..oleh itu berhati2 semasa memandu, ingatla pd org2 yang tersayang...(wah..dasyat bangeett..huhuhu)

Sunday, July 12, 2009

tandatangan

bos saya pernah bercerita dengan saya..

dia pernah memiliki seorang staff yang kerjanya setiap hari menandatangani geran tanah tak kiralah milik individu ker tanah milik industri ker tanah utk pertanian ker..kerja tandatangan geran itu dari beliau mula masuk kerja berlanjutan sehingga beberapa puluh tahun hingga pada satu hari yang indah..beliau hendak memulakan tandatangannye yang pertama pada hari itu,tiba2 tangannyer menjadi kaku dan keras..beliau tidak boleh lagi menandatangani surat geran tanah tersebut dan setiap kali menghadiri mesyuarat beliau terpaksa melantik seorang rakan lain utk mencatit minit mesyuarat bagi pihak beliau..kesian!dan kekerasan dan kekakuan tangan beliau tersebut berlanjutan sehingga beliau meninggal dunia..

suddenly,sya jadi stone dan terdiam!mmmm???

kuala klawang / jelebu

pada hari ahad lepas bersamaan 12hb julai 2009,saya bersama enchek atek dan caca telah pergi menghadiri ke majlis perkahwinan sahabat saya LILY di kuala klawang/jelebu, negeri sembilan. tema pakaian kami sekeluarga adalah putih dan biru..termasuk caca..seawal jam 10 pagi kami bertolak dari rumah dan berhenti minum pagi di RnR Dengkil. gambar di bawah ni adalah menu pagi kami..enchek atek ckp jgn mkn byk2 sbb nanti nak g mkn kenduri..rugi!!


ini gamba caca..dia tgh tgk budak2 kecik sebaya dia sedang main di playground yg berdekatan..(dlm hati caca : ibu nk main ble x??)

selepas 10-15 minit berehat, kami meneruskan perjalanan ke kuala klawang/jelebu..enchek atek ckp kena pegi cepat takut nasi kenduri dah habis..sepanjang perjalanan kami ke kuala klawang, enchek atek sedang asyik bercerita tentang pengalaman pertamanya menghadiri perhimpunan tabligh terbesar seluruh dunia di masjid kuarters klia,sepang semalam..manakala caca asyik ttiiddoooo sepanjang jln..aku?jd mangsa keadaan sekeliling..



ini merupakan jalan utama untuk ke kuala klawang/jelebu..tiba2 saya terlihat di satu sudut bukit di sepanjang jln tu ada sign :'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'..hati saya terus terdetik..adakah kita masih mengamalkan budi pekerti yang mulia sesama kita?masih adakah nilai2 murni di dalam diri kita?masih adakah jiwa muda yang menghormati orang yang lebih tua?etc..






yang ini pula driver saya yang setia membawa saya dan caca berjalan2..terima kaseh enchek atek yang budiman



dan..akhirnya kami sampai di kuala klawang dan terlihat signboard serta banner (iye ke banner..saya x sure)majlis perkahwinan sahabat saya..




ngam2 sampai, caca pon bgn dari tido..terus saya snap gmbar dia..muka stone tp muka ibu maintain cun!



jln masuk rumah lily kecil dan banyak kenderaan keluar masuk terpaksa bergilir2 termasuk kereta kami..



alhamdulilah sampai juga akhirnya..setibanya di sana kami makan dan lepak sebentar meninjau2 kawasan sekeliling rumah sahabat saya yang lebih ke suasana kampung (i like!) manakala caca sibuk meninjau2 kerusi utk disusun di dalam kawasan khemah tersebut..




selepas berehat lebih kurang 30 minit,sebelum pulang saya tidak melepaskan peluang yang ada untuk bergambar dgn lily dan suaminyer..tahniah buat lily dan saya doakan semoga perkahwinan kalian berdua akan kekal hingga akhir hayat..tgklah caca tu sibuk dgn 2 bakul surveniour yang kami terima dari pihak pengantin..terima kasih puan lily..





jam 3.30 petang kami pulang dengan hati riang kerana perut sudah kenyang (wah mcm cerita sang kancil sang buaya pulak..)



perjalanan balik sama dengan perjalanan pergi, sepanjang pulang saya amat tertarik dengan satu rumah banglo yang sangat2 besar dan gah berada di tepi jalan suddenly, terdetik perasaan ingin tahu siapa empunya rumah tersebut..apalah kerja owner rumah tuu..enchek atek ckp ntah2 berhantu tak?mmm???alamak!




tiba di rumah dekat nak maghrib..saya dan caca tetap maintain senyum bergambar..enchek atek?penat dan lenguh kaki selepas drive lame..kesian atek!



sekian dulu cerita saya pada kali ini..daaa..